Malaysia legislation

Section 144

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 144

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain akan harta yang tentangnya dia memberikan keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan apa-apa dokumen yang pada pendapat mahkamah, patut dikemukakan, pihak menentang boleh membantah terhadap pemberian keterangan itu sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberikan keterangan sekunder mengenainya.

Huraian—Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan itu dengan sendirinya ialah fakta berkaitan.

Soalnya adalah sama ada A telah menyerang B.

C mendeposkan bahawa dia telah mendengar A berkata kepada D:

“B telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam

Undang-Undang Malaysia 104

Akta 56

terhadapnya”. Pernyataan ini adalah berkaitan sebagai menunjukkan motif

A berkenaan dengan amang itu dan keterangan boleh diberikan mengenai pernyataan itu walaupun tiada keterangan lain diberikan mengenai surat itu.

Section 144 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my