Malaysia legislation

Section 146

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 146

Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, dia bolehlah ditanya, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang cenderung—

(a)

m e n g u j i k e t e p a t a n n y a , k e b e n a r a n n y a a t a u kebolehpercayaannya;

(b)

menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau

(c)

melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.

Keterangan 105

Sekatan terhadap keterangan dalam perbicaraan rogol 146a. Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini, dalam prosiding berkenaan dengan kesalahan rogol, tiada keterangan dan tiada soalan dalam pemeriksaan balas boleh dikemukakan atau ditanya, oleh atau bagi pihak tertuduh, berkenaan dengan kegiatan seksual pengadu dengan mana-mana orang selain tertuduh melainkan jika—

(a)

ia merupakan keterangan yang mematahkan, atau suatu soalan yang cenderung mematahkan, keterangan mengenai kegiatan seksual pengadu atau ketiadaannya yang dahulunya telah dikemukakan oleh pihak pendakwa;

(b)

ia merupakan keterangan, atau suatu soalan, tentang misalan tertentu mengenai kegiatan seksual pengadu yang cenderung membuktikan identiti orang yang mempunyai hubungan seksual dengan pengadu pada waktu kejadian yang dinyatakan dalam pertuduhan; atau

(c)

ia merupakan keterangan, atau suatu soalan, tentang kegiatan seksual yang berlaku pada waktu yang sama dengan kegiatan seksual yang menjadi hal perkara pertuduhan, jika keterangan atau soalan itu berhubung dengan persetujuan yang dikatakan oleh tertuduh dipercayainya telah diberikan oleh pengadu.

Bila saksi akan dipaksa menjawab