Malaysia legislation
Section 149
Seksyen 149
Akta 56
Tiada apa-apa soalan seperti yang disebut dalam seksyen 148 boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu betul-betul berasas.
(a)
Seorang peguam bela diberitahu oleh seorang peguam bela yang lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting ialah penjudi profesional. Ini merupakan suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
(b)
Seorang peguam bela diberitahu oleh seseorang di dalam mahkamah bahawa seorang saksi penting ialah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh peguam bela itu, pemberitahu itu memberikan sebab yang memuaskan hati bagi pernyataannya itu. Ini merupakan suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
(c)
Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi profesional. Dalam hal ini, tidak ada alasan yang munasabah untuk menanyakan soalan itu.
Keterangan 107
(d)
Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, apabila disoal tentang cara hidup dan mata pencariannya memberikan jawapan yang tidak memuaskan hati. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
Tatacara mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah