Malaysia legislation

Section 153

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 153

Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan untuk menyangkalnya; tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Undang-Undang Malaysia 108

Akta 56

Kecualian 1—Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2—Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang cenderung mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta yang disarankan itu, dia boleh disangkal.

(a)

Suatu tuntutan terhadap seorang pengunderait ditentang atas alasan fraud.

Pihak menuntut ditanya sama ada dalam transaksi dahulu dia pernah membuat suatu tuntutan secara fraud. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa dia pernah membuat tuntutan sedemikian.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

(b)

Seorang saksi ditanya sama ada dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

(c)

A menegaskan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah melihat B di Melaka.

A ditanya sama ada dia tidak berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa A berada di Pulau

Pinang pada hari itu.

Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal A atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya, tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B telah dilihat di Melaka pada hari yang berkenaan itu.

(d)

A dibicarakan kerana merogol B. B ditanya dalam pemeriksaan balas sama ada dia telah melakukan persetubuhan haram dengan C dan D. Dia menafikannya. Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia telah melakukan persetubuhan haram dengan C dan D. Keterangan itu tidak boleh diterima.

Dalam tiap-tiap hal dalam misalan (c) dan (d) saksi itu boleh, jika penafiannya itu palsu, dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Keterangan 109

(e)

A ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B yang terhadapnya dia memberikan keterangan. Dia menafikannya.

Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu cenderung mencabar kesaksamaannya.

Soalan oleh pihak kepada saksinya sendiri