Malaysia legislation
Section 155
Seksyen 155
Mencabar kebolehpercayaan saksi
Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
(a)
dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka percaya saksi itu tidak boleh dipercayai;
(b)
dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;
(c)
dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tidak selaras dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal;
(d)
(Dipotong oleh Akta A729).
Huraian—Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.
(a)
A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan harga barang-barang yang telah dijual dan diserahkan kepada B. C berkata bahawa dia telah menyerahkan barang-barang itu kepada B.
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 56
Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu dia ada berkata bahawa dia tidak menyerahkan barang-barang itu kepada
B.
Keterangan itu boleh diterima.
(b)
A dipertuduh membunuh B.
C berkata bahawa B, apabila hampir hendak mati, mengatakan bahawa
A telah melukakannya yang disebabkannya dia mati.
Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu C ada berkata bahawa luka itu bukan dilakukan oleh A ataupun di hadapannya.
Keterangan itu boleh diterima.
Soalan yang cenderung menyokong keterangan mengenai fakta berkaitan yang boleh diterima