Malaysia legislation
Section 156
Seksyen 156
Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta berkaitan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta berkaitan itu telah berlaku, jika mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti, akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta berkaitan yang mengenainya dia memberikan keterangan.
A, seorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu rompakan yang dia telah mengambil bahagian. Dia memperihalkan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berkaitan dengan rompakan itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat rompakan itu telah dilakukan.
Keterangan bebas mengenai fakta ini boleh diberikan untuk menyokong keterangannya itu tentang rompakan itu sendiri.
Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama