Malaysia legislation

Section 15

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 15

Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, fakta bahawa perbuatan itu membentuk sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, yang dalam setiap siri kejadian itu orang yang melakukan perbuatan terlibat, adalah berkaitan.

(a)

A dituduh membakar rumahnya dengan tujuan hendak mendapatkan wang yang baginya rumah itu diinsuranskan.

Fakta bahawa A telah tinggal di beberapa buah rumah secara berturut-turut, dan setiap rumah itu diinsuranskannya, dan dalam setiap rumah itu kebakaran telah berlaku, dan selepas setiap kebakaran A telah menerima bayaran daripada pejabat insurans yang berlainan, adalah berkaitan sebagai cenderung menunjukkan bahawa kebakaran itu bukan tidak sengaja.

(b)

A telah diambil kerja untuk menerima wang daripada penghutang

B. Menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku yang menunjukkan amaun wang yang diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterimanya.

Soalnya adalah sama ada catatan palsu ini dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan bahawa setiap catatan palsu itu adalah untuk faedah A, adalah berkaitan.

(c)

A dituduh menyerahkan secara fraud suatu ringgit lancung kepada B.

Soalnya adalah sama ada penyerahan ringgit itu telah dibuat dengan tidak sengaja.

Fakta bahawa sejurus sebelum atau selepas penyerahan kepada B,

A menyerahkan ringgit lancung kepada C, D dan E adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa penyerahan kepada B itu bukan tidak sengaja.

Bila kewujudan perjalanan urusan berkaitan

Section 15 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my