Malaysia legislation

Section 19

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 19

Pernyataan yang dibuat oleh orang yang kedudukan atau liabiliti mereka perlu dibuktikan bagi menentang mana-mana pihak dalam guaman ialah pengakuan jika pernyataan itu berkaitan bagi menentang orang itu berhubung dengan kedudukan atau liabiliti dalam guaman yang dibawa oleh atau terhadap mereka, dan jika pernyataan itu dibuat semasa orang yang membuatnya itu memegang kedudukan itu atau tertakluk kepada liabiliti itu.

A mengaku janji untuk memungut sewa bagi pihak B.

B membawa guaman terhadap A kerana tidak memungut sewa yang C kena bayar kepada B.

A menafikan yang C kena bayar sewa kepada B.

Suatu pernyataan oleh C bahawa dia terhutang sewa kepada B ialah suatu pengakuan dan ialah suatu fakta berkaitan bagi menentang A jika A menafikan yang C terhutang sewa kepada B.