Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 32

(a)

apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hal keadaan transaksi yang telah mengakibatkan kematiannya, dalam hal yang dalamnya sebab kematian orang itu dipersoalkan.

Pernyataan sedemikian adalah berkaitan sama ada pada masa pernyataan itu dibuat orang yang membuatnya telah menjangkakan atau tidak menjangkakan dia akan mati, dan walau apa jua jenis prosiding yang dalamnya sebab kematiannya itu dipersoalkan;

(b)

apabila pernyataan itu telah dibuat oleh mana-mana orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila pernyataan itu terdiri daripada apa-apa catatan atau memorandum yang telah dibuat olehnya dalam buku yang disimpan dalam perjalanan biasa urusan atau pada melaksanakan tugas profesional; atau terdiri daripada aku terimaan yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau apa jua jenis harta; atau terdiri daripada sesuatu dokumen yang digunakan dalam perdagangan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau dokumen lain yang biasanya ditarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;

(c)

apabila pernyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan ketuanpunyaan orang yang membuatnya,

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 56

atau apabila, jika benar, pernyataan itu akan mendedahkan atau mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk ganti rugi;

(d)

apabila pernyataan itu memberikan pendapat mana-mana orang sedemikian tentang kewujudan apa-apa hak awam atau adat atau perkara yang mempunyai kepentingan awam atau am, yang kewujudannya, jika ia wujud, mungkin telah disedari oleh orang itu, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontroversi tentang hak, adat atau perkara itu;

(e)

apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang tentang hubungan itu, orang yang membuat pernyataan itu mempunyai cara yang istimewa bagi mengetahuinya, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;

(f)

apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang telah mati, dan pernyataan itu dibuat dalam mana-mana wasiat atau surat ikatan yang berhubungan dengan hal ehwal keluarga yang mana-mana orang yang telah mati itu seorang anggotanya, atau dalam apa-apa salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau benda lain yang di atasnya pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;

(g)

apabila pernyataan itu terkandung dalam mana-mana dokumen yang berhubungan dengan apa-apa transaksi sebagaimana yang disebut dalam perenggan 13(a);

(h)

apabila pernyataan itu telah dibuat oleh sebilangan orang dan menyatakan perasaan atau tanggapan mereka yang berkaitan dengan perkara yang berkenaan itu;

(i)

apabila pernyataan itu dibuat dalam penjalanan, atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan mengenai suatu kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis; dan

(j)

jika pernyataan itu dibuat oleh pegawai awam pada menjalankan tugasnya.

Keterangan 39

(a)

Soalnya adalah sama ada A telah dibunuh oleh B; atau

A mati akibat kecederaan yang dialami dalam suatu transaksi yang dalamnya dia diperkosa.

Soalnya adalah sama ada A telah diperkosa oleh B; atau

Soalnya adalah sama ada A telah dibunuh oleh B dalam hal keadaan yang membolehkan balu A membawa suatu guaman terhadap B.

Pernyataan yang dibuat oleh A tentang sebab kematiannya, yang masing-masingnya merujuk kepada pembunuhan, rogol dan perbuatan salah boleh dakwa yang sedang dipertimbangkan itu, ialah fakta berkaitan.

(b)

Soalnya tentang tarikh lahir A.

Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan, yang menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu A yang melahirkan seorang anak lelaki, ialah suatu fakta berkaitan.

(c)

Soalnya adalah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguam bela yang telah mati yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan bahawa pada suatu hari tertentu peguam bela itu telah ada bersama A di suatu tempat yang disebut di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu ialah suatu fakta berkaitan.

(d)

Soalnya adalah sama ada sesuatu kapal telah belayar dari pelabuhan

Pulau Pinang pada suatu hari tertentu.

Suatu surat yang ditulis oleh seorang anggota yang telah mati daripada suatu firma saudagar yang telah mencarter kapal itu kepada rakan peniaganya di London, yang kepadanya kargo itu dikonsainkan, menyatakan bahawa kapal itu telah belayar pada suatu hari tertentu dari pelabuhan Pulau Pinang ialah suatu fakta berkaitan.

(e)

Soalnya adalah sama ada sewa bagi sesuatu tanah telah dibayar kepada A.

Surat daripada ejen A yang telah mati kepada B, menyatakan bahawa dia telah menerima sewa itu bagi pihak A dan telah memegangnya atas perintah

A, ialah suatu fakta berkaitan.

(f)

Soalnya adalah sama ada A dan B telah berkahwin secara sah di sisi undang-undang.

Pernyataan seorang paderi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu suatu jenayah adalah berkaitan.

(g)

Soalnya adalah sama ada A, seorang yang tidak dapat ditemui, telah menulis surat pada suatu hari tertentu.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 56

Fakta bahawa surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu adalah berkaitan.

(h)

Soalnya apakah yang telah menyebabkan suatu kapal karam?

Suatu bantahan yang dibuat oleh kaptennya yang kehadirannya tidak boleh didapatkan ialah suatu fakta berkaitan.

(i)

Soalnya adalah sama ada sesuatu jalan tertentu ialah jalan awam.

Suatu pernyataan oleh A, seorang Penghulu Mukim itu yang telah mati, bahawa jalan itu ialah jalan awam ialah suatu fakta berkaitan.

(j)

Soalnya berapakah harga syer pada suatu hari tertentu di suatu pasaran tertentu.

Suatu pernyataan tentang harga syer yang dibuat oleh seorang broker yang telah mati dalam perjalanan biasa urusannya ialah suatu fakta berkaitan.

(k)

Soalnya adalah sama ada A, yang telah mati, ialah bapa B.

Suatu pernyataan oleh A bahawa B ialah anak lelakinya ialah suatu fakta berkaitan.

(l)

Soalnya bilakah tarikh lahir A?

Suatu surat daripada bapa A yang telah mati kepada seorang sahabatnya, memberitahu tentang kelahiran A, pada suatu hari tertentu, ialah suatu fakta berkaitan.

(m)

Soalnya adalah sama ada dan bila A dan B berkahwin.

Suatu catatan dalam buku memorandum oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan A pada suatu hari tertentu, ialah suatu fakta berkaitan.

(n)

A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang digambarkan dalam karikatur bercetak yang dipamerkan pada jendela kedai.

Soalnya tentang keserupaan karikatur itu dan tentang sifat libelnya.

Kata-kata sekumpulan orang yang melihatnya mengenai perkara ini boleh dibuktikan.

(2)

Peruntukan perenggan (1)(i) dan (j) hendaklah terpakai hanya berhubung dengan prosiding jenayah.

Kebolehterimaan keterangan yang diberikan di bawah seksyen 265a Kanun Tatacara Jenayah 32a. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, keterangan yang diambil mengikut seksyen 265a Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] boleh diterima dalam mana-mana prosiding jenayah.

Keterangan 41

Keberkaitan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya