Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Dengan syarat bahawa—
Catatan dalam buku akaun yang biasanya disimpan semasa menjalankan urusan adalah berkaitan bilamana catatan itu merujuk kepada perkara yang kena disiasat oleh mahkamah, tetapi catatan itu sahaja tidak menjadi keterangan yang mencukupi untuk mempertanggungkan liabiliti terhadap mana-mana orang.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 56
A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan RM1,000 dan menunjukkan catatan dalam buku akaunnya yang menunjukkan B terhutang kepadanya sebanyak amaun itu. Catatan itu adalah berkaitan, tetapi catatan itu tidak mencukupi, tanpa keterangan lain, bagi membuktikan hutang itu.