Malaysia legislation

Section 35

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 35

Keberkaitan catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan

Sesuatu catatan dalam mana-mana buku, daftar atau rekod awam atau dalam buku, daftar atau rekod rasmi lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan dan dibuat oleh seseorang pekhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan suatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara yang buku, daftar atau rekod itu disimpan, adalah dengan sendirinya suatu fakta berkaitan.

Section 35 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my