Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Penghakiman, perintah atau dekri yang selain yang disebut dalam seksyen 41 adalah berkaitan jika ia berhubungan dengan perkara daripada jenis awam yang berkaitan dengan siasatan itu; tetapi penghakiman, perintah atau dekri itu bukanlah bukti konklusif mengenai apa yang dinyatakan olehnya.
A membawa guaman terhadap B kerana pencerobohan terhadap tanahnya.
B mengatakan bahawa wujud hak lalu-lalang awam di atas tanah itu tetapi
A menafikannya.
Kewujudan dekri yang memihak kepada defendan dalam suatu guaman oleh A terhadap C kerana pencerobohan terhadap tanah yang sama dan yang dalamnya C telah mengatakan bahawa wujud hak lalu-lalang yang sama adalah berkaitan, tetapi ini bukanlah bukti konklusif bahawa hak lalu-lalang itu wujud.