Malaysia legislation

Section 45

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 45

Pendapat pakar

(2)

Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

(a)

Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun.

Pendapat pakar tentang gejala yang disebabkan oleh racun yang disangkakan telah menyebabkan kematian A adalah berkaitan.

(b)

Soalnya adalah sama ada A, pada masa melakukan perbuatan tertentu tidak berupaya, oleh sebab tidak sempurna akal, mengetahui keadaan perbuatannya itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Pendapat pakar atas soal sama ada gejala yang ditunjukkan oleh A itu pada kebiasaannya menunjukkan ketidaksempurnaan akal, dan sama ada ketidaksempurnaan sedemikian biasanya menyebabkan orang tidak upaya mengetahui keadaan perbuatan yang dilakukannya atau tidak berupaya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang, adalah berkaitan.

(c)

Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu telah ditulis oleh

A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan adalah berkaitan.

Fakta berkenaan dengan pendapat pakar