Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Fakta yang selainnya tidak berkaitan adalah berkaitan jika fakta itu menyokong atau adalah tidak selaras dengan pendapat pakar apabila pendapat pakar itu berkaitan.
(a)
Soalnya adalah sama ada A telah diracuni dengan suatu racun tertentu.
Fakta bahawa orang lain yang telah diracuni dengan racun itu telah menunjukkan gejala tertentu yang disahkan atau dinafikan oleh pakar sebagai gejala racun itu, adalah berkaitan.
(b)
Soalnya adalah sama ada galangan kepada sesuatu pelabuhan itu disebabkan oleh sesuatu tembok laut.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 56
Fakta bahawa pelabuhan lain yang serupa kedudukannya dari segi lain tetapi yang tidak mempunyai tembok laut sedemikian telah mula tergalang kira-kira pada masa yang sama adalah berkaitan.
Bila pendapat tentang tulisan tangan berkaitan