Malaysia legislation

Section 57

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 57

Fakta yang mengenainya mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman

(a)

semua undang-undang atau peraturan yang kini mempunyai kuat kuasa undang-undang atau yang sebelum ini berkuat kuasa atau yang kemudian daripada ini akan berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya;

(b)

semua Akta awam yang telah diluluskan atau yang kemudian daripada ini akan diluluskan oleh Parlimen United

Kingdom dan semua Akta tempatan atau persendirian yang diarahkan olehnya supaya diberi pengiktirafan kehakiman;

(c)

tatakawalan angkatan tentera bagi angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat yang berada di Malaysia secara sah;

(d)

perjalanan prosiding di Parlimen, badan perundangan persekutuan yang wujud di Malaysia sebelum Parlimen ditubuhkan, badan perundangan mana-mana Negeri di

Malaysia dan Parlimen United Kingdom;

(e)

perihal naik takhta Yang di-Pertuan Agong dan naik takhta

Sultan mana-mana Negeri di Malaysia dan pelantikan

Yang di-Pertua Negeri;

(f)

perihal naik takhta dan tandatangan Raja United Kingdom pada masa itu;

(g)

meterai semua mahkamah Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberi kuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, semua meterai yang diberi pengiktirafan kehakiman oleh mahkamah Inggeris, dan meterai Mahkamah Admiralti dan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kelautan dan meterai notari awam;

(h)

Perihal jawatan mula dipegang, nama, gelaran, fungsi dan tandatangan orang yang sedang menyandang mana-mana jawatan awam di mana-mana bahagian di Malaysia, jika hakikat pelantikannya kepada jawatan itu diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

Keterangan 53

(i)

kewujudan, gelaran dan bendera kebangsaan tiap-tiap

Negara atau Pemerintah Berdaulat yang diiktiraf oleh

Yang di-Pertuan Agong;

(j)

perjalanan biasa alam, pembahagian waktu semula jadi dan rekaan, pembahagian dunia mengikut geografi, pengertian perkataan Melayu dan Inggeris, dan hari perayaan awam, puasa dan kelepasan am yang diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

(k)

negara Komanwel;

(l)

bermulanya, berterusannya dan tamatnya permusuhan antara Malaysia atau mana-mana bahagian lain Komanwel dengan mana-mana negara lain atau kumpulan orang;

(m)

nama anggota dan pegawai mahkamah serta timbalan dan pegawai bawahan dan pembantu mereka, dan juga nama semua pegawai yang bertindak melaksanakan proses mahkamah, dan nama semua peguam bela dan orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya;

(n)

kaedah-kaedah jalan di darat, peraturan-peraturan laut dan kaedah-kaedah udara;

(o)

segala perkara lain yang mahkamah diarahkan oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya mengiktiraf.

Huraian—Perkataan “Parlimen United Kingdom” dalam perenggan

(b)

dan (d) ertinya—

(i)

Parlimen United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara;

(ii)

Parlimen United Kingdom Great Britain dan Ireland;

(iii)

Parlimen Ireland Utara;

(iv)

Parlimen Great Britain;

(v)

Parlimen England;

(vi)

Parlimen Scotland;

(vii)

Parlimen Ireland sebelum 1 Januari 1801.

(2)

Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 56

(3)

Jika mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.

Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan