Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai berkaitan, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.
Huraian—Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
(a)
A dibicarakan kerana membunuh B dengan memukulnya dengan belantan dengan niat hendak menyebabkan kematiannya.
Dalam perbicaraan A, fakta yang berikut menjadi persoalan:
A memukul B dengan belantan itu;
A menyebabkan kematian B dengan pukulan itu; dan niat A hendak menyebabkan kematian B.
(b)
A, suatu pihak dalam suatu guaman, tidak mematuhi notis yang diberikan oleh B, pihak yang satu lagi, supaya mengemukakan suatu dokumen yang disebut dalam pliding A untuk diperiksa oleh B. Seksyen ini tidak membolehkan A menggunakan dokumen itu sebagai keterangan bagi pihaknya dalam guaman itu, selain mengikut syarat yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
Keberkaitan fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama