Malaysia legislation

Section 60

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 60

Keterangan lisan mesti secara langsung

(a)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah melihat fakta itu;

(b)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh didengar, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu;

Keterangan 55

(c)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui mana-mana deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara yang lain, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah menanggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;

(d)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan itu.

(2)

Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu jika pengarangnya sudah mati atau tidak dapat ditemui atau telah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau tidak boleh dipanggil sebagai saksi tanpa menyebabkan apa-apa kelengahan atau perbelanjaan yang disifatkan tidak munasabah oleh mahkamah.

(3)

Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material termasuk sesuatu dokumen, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.