Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Keterangan primer
Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah.
Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 56
Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.
Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan dokumen asal yang sama, dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.
Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dihasilkan oleh komputer ialah keterangan primer.
Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekaligus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.