Malaysia legislation

Section 63

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 63

Keterangan sekunder

(a)

salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;

(b)

salinan yang dibuat daripada naskhah yang asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;

(c)

salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah asal;

(d)

kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;

(e)

keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua cara.

(a)

Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal.

Keterangan 57

(b)

Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika ditunjukkan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal.

(c)

Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.

(d)

Keterangan lisan mengenai sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan dokumen asal ataupun keterangan lisan mengenai suatu fotograf atau salinan mesin dokumen asal tidaklah menjadi keterangan sekunder bagi dokumen asal.

Pembuktian dokumen dengan keterangan primer

Section 63 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my