Malaysia legislation

Section 65

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 65

Hal yang dalamnya keterangan sekunder yang berhubungan dengan dokumen boleh diberikan

(a)

apabila dokumen asal dibuktikan atau didapati berada dalam milikan atau di bawah kuasa—

(i)

orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan;

(ii)

mana-mana orang yang di luar bidang kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses mahkamah;

atau

(iii)

mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakannya, dan setelah diberikan notis yang disebut dalam seksyen 66, orang itu tidak mengemukakannya;

(b)

apabila kewujudan, keadaan atau kandungan dokumen asal itu telah dibuktikan sebagai diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakil dari segi kepentingannya;

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 56

(c)

apabila dokumen asal itu telah musnah atau hilang, atau apabila pihak yang menawarkan keterangan mengenai kandungannya tidak dapat mengemukakannya dalam masa yang munasabah kerana apa-apa sebab lain yang tidak berbangkit daripada kemungkiran atau keabaiannya sendiri;

(d)

apabila dokumen asal itu adalah sebegitu keadaannya hingga ia tidak boleh dialih dengan mudah;

(e)

apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen awam mengikut pengertian seksyen 74;

(f)

apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen yang salinan diperakuinya dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa di Malaysia untuk diberikan sebagai keterangan;

(g)

apabila dokumen asal itu terdiri daripada berbagai-bagai keterangan atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudahnya di mahkamah, dan fakta yang hendak dibuktikan itu ialah kesimpulan am mengenai kesemuanya itu.

(2)

(a)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a), (c) dan

(d)

, apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah diterima.

(b)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis itu bolehlah diterima.

(c)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), salinan diperakui dokumen itu boleh diterima, tetapi tidak keterangan sekunder jenis lain.

(d)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen sedemikian.

Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan

Section 65 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my