Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang disebut dalam perenggan 65(1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi pihak yang memiliki atau
Keterangan 59
berkuasa atas dokumen itu, atau kepada peguam belanya, apa-apa notis untuk mengemukakannya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah dalam hal keadaan kes itu:
Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang difikirkan mahkamah kehendak mengenai notis itu patut diketepikan:
(a)
apabila dokumen yang hendak dibuktikan itu sendirinya suatu notis;
(b)
apabila daripada keadaan kes itu pihak menentang mesti mengetahui yang dia akan dikehendaki mengemukakannya;
(c)
apabila didapati atau terbukti bahawa pihak menentang telah memiliki dokumen yang asal itu dengan cara fraud atau paksa;
(d)
apabila pihak menentang atau ejennya mempunyai dokumen asal itu di dalam mahkamah;
(e)
apabila pihak menentang atau ejennya telah mengaku kehilangan dokumen itu; atau
(f)
apabila orang yang memiliki dokumen itu berada di luar bidang kuasa atau tidak tertakluk kepada proses mahkamah.
Pembuktian tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan