Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Pembuktian jika saksi yang mengaku saksi tidak ditemui
Jika saksi yang mengaku saksi itu tidak ditemui, atau jika dokumen itu berupa sebagai telah disempurnakan di United Kingdom, mestilah dibuktikan bahawa pengakusaksian oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang mengaku saksi itu ialah tulisan tangannya, dan bahawa tandatangan orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah dalam tulisan tangan orang itu.