Malaysia legislation

Section 6

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 6

Fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah berkaitan, sama ada fakta itu berlaku pada masa dan di tempat yang sama atau pada masa dan di tempat yang berlainan.

(a)

A dituduh membunuh B dengan memukulnya. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dilakukan oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi itu ialah suatu fakta berkaitan.

(b)

A dituduh melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan mengambil bahagian dalam suatu pemberontakan bersenjata yang dalamnya harta dibinasakan, askar diserang dan penjara dipecah buka.

Berlakunya fakta ini adalah berkaitan sebagai menjadi sebahagian daripada keseluruhan transaksi itu, walaupun A mungkin tidak berada dalam semua kejadian itu.

(c)

A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang terkandung dalam sepucuk surat yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat. Surat antara pihak itu berhubung dengan perkara yang daripadanya libel itu timbul dan yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat yang mengandungi libel itu ialah fakta berkaitan walaupun surat itu sendiri tidak mengandungi libel itu.

(d)

Soalnya adalah sama ada barang-barang tertentu yang dipesan daripada B telah dihantar serah kepada A. Barang-barang itu telah dihantarserahkan kepada beberapa orang perantaraan secara berturut-turut. Setiap penghantarserahan itu ialah fakta berkaitan.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan