Malaysia legislation
Section 73a
Seksyen 73a
(a)
jika orang yang membuat pernyataan itu sama ada—
(i)
mengetahui sendiri tentang perkara yang diperkatakan dalam pernyataan itu; atau
(ii)
jika dokumen yang berkenaan itu adalah sebahagian atau menjadi sebahagian daripada rekod yang berupa sebagai rekod yang berterusan, telah membuat pernyataan itu (setakat yang perkara yang diperkatakan dalamnya tidak diketahui olehnya sendiri) dalam melaksanakan tugas merekodkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang yang telah atau boleh semunasabahnya dianggap telah mengetahui sendiri tentang perkara itu; dan
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 56
(b)
jika orang yang membuat pernyataan itu dipanggil sebagai saksi dalam prosiding itu:
Dengan syarat bahawa syarat bahawa orang yang membuat pernyataan itu hendaklah dipanggil sebagai saksi tidak perlu dipenuhi jika dia telah mati, atau jika oleh sebab keadaan badan atau keadaan mentalnya dia tidak layak hadir sebagai saksi, atau jika dia berada di seberang laut dan adalah tidak semunasabahnya praktik untuk mendapatkan kehadirannya, atau jika segala usaha yang munasabah untuk mencarinya telah dibuat tetapi tanpa hasil.
(2)
Dalam mana-mana prosiding sivil, mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding itu, jika setelah mengambil kira segala hal keadaan kes itu mahkamah berpuas hati bahawa kelengahan atau perbelanjaan yang tidak berpatutan akan sebaliknya berlaku, memerintahkan supaya pernyataan seperti yang disebut dalam subseksyen (1) diterima sebagai keterangan atau boleh, tanpa apa-apa perintah sedemikian dibuat, menerima pernyataan itu dalam keterangan—
(a)
walaupun orang yang membuat pernyataan itu ada tetapi tidak dipanggil sebagai saksi; dan
(b)
walaupun dokumen asal tidak dikemukakan, jika, sebagai gantinya, ada dikemukakan suatu salinan dokumen asal itu atau salinan bahagian materialnya yang diperakui sebagai salinan benar mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu atau sebagaimana yang diluluskan oleh mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan boleh diterima sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh seseorang yang ada kepentingan pada masa prosiding belum selesai atau dijangkakan yang melibatkan sesuatu pertikaian tentang apa-apa fakta yang mungkin akan dipastikan oleh pernyataan itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, sesuatu pernyataan dalam dokumen tidak boleh disifatkan telah dibuat oleh seseorang melainkan jika dokumen itu atau bahagian materialnya telah ditulis, dibuat atau dihasilkan olehnya sendiri, atau telah ditandatangani atau ditandatangan ringkas olehnya, atau selainnya telah diiktiraf olehnya secara bertulis sebagai pernyataan yang dia bertanggungjawab atas ketepatannya.
Keterangan 63
(5)
Bagi maksud memutuskan sama ada sesuatu pernyataan boleh diterima atau tidak sebagai keterangan menurut kuasa subseksyen (1) hingga (4), mahkamah boleh membuat apa-apa inferens yang munasabah daripada bentuk atau kandungan dokumen yang mengandungi pernyataan itu, atau daripada apa-apa hal keadaan lain, dan boleh, dalam memutuskan sama ada seseorang itu layak atau tidak untuk hadir sebagai saksi, bertindak atas suatu perakuan yang berupa sebagai perakuan seorang pengamal perubatan berdaftar, dan, jika prosiding itu diadakan bersama pengapit, mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menolak pernyataan itu walaupun kehendak seksyen ini telah dipenuhi berkenaan dengannya, jika atas apa-apa sebab ia didapati oleh mahkamah sebagai tidak suai manfaat diterima demi kepentingan keadilan.
(6)
Dalam menganggarkan nilai, jika ada, yang hendak diberikan kepada sesuatu pernyataan yang dijadikan boleh diterima sebagai keterangan oleh Akta ini, hendaklah diambil kira segala hal keadaan yang daripadanya apa-apa inferens boleh dibuat dengan munasabahnya tentang ketepatan pernyataan itu atau sebaliknya, dan khususnya, soal sama ada atau tidak pernyataan itu telah dibuat serentak dengan berlakunya atau adanya fakta yang dinyatakan itu, dan soal sama ada atau tidak orang yang membuat pernyataan itu mempunyai apa-apa insentif untuk menyembunyikan atau menyalahnyatakan fakta itu.
(7)
Bagi maksud apa-apa rukun undang-undang atau amalan yang menghendaki keterangan disokong atau yang mengawal selia cara keterangan yang tidak disokong hendaklah diperlakukan, sesuatu pernyataan yang dijadikan boleh diterima sebagai keterangan oleh
Akta ini tidak boleh dikira sebagai sokongan bagi keterangan yang diberikan oleh orang yang membuat pernyataan itu.
Kebolehterimaan fakta dalam kes jenayah, dsb.
73aa. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Bab ini dan tertakluk kepada Kanun Tatacara Jenayah, dalam mana-mana prosiding jenayah, tiada fakta sama ada lisan atau bertulis perlu dibuktikan yang pihak-pihak kepada prosiding itu telah bersetuju untuk mengakui dalam perbicaraan itu atau yang pihak-pihak kepada prosiding itu telah bersetuju untuk mengakui secara bertulis sebelum perbicaraan.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 56
Dokumen Awam
Dokumen awam