Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 7

Keterangan 19

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada langsung atau selainnya, bagi fakta berkaitan atau fakta persoalan, atau fakta yang menjadi keadaan benda yang dalamnya fakta itu berlaku atau yang memberi peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan, adalah berkaitan.

(a)

Soalnya adalah sama ada A telah merompak B.

Fakta bahawa sejurus sebelum rompakan itu berlaku B telah pergi ke suatu pesta ria dengan membawa wang dan bahawa dia telah menunjukkan atau menyebut bahawa dia ada wang kepada orang lain adalah berkaitan.

(b)

Soalnya adalah sama ada A telah membunuh B.

Tanda di atas tanah yang disebabkan oleh suatu pergelutan di atau dekat dengan tempat pembunuhan itu telah dilakukan ialah fakta berkaitan.

(c)

Soalnya adalah sama ada A telah meracuni B.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 56

Keadaan kesihatan B sebelum ada gejala kena racun dan tabiat B yang diketahui oleh A, yang memberinya peluang untuk meracuni B, ialah fakta berkaitan.

Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian