Malaysia legislation

Section 82

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 82

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai dokumen yang, menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa di England atau Ireland

Utara, boleh diterima sebagai bukti mengenai apa-apa butir di dalam mana-mana Mahkamah Keadilan di England atau Ireland

Utara, tanpa bukti mengenai meterai atau cap atau tandatangan yang mengesahkannya, atau mengenai jawatan kehakiman atau jawatan rasmi yang diakui oleh orang yang berupa sebagai menandatangani dokumen itu—

(a)

mahkamah hendaklah menganggap bahawa meterai, cap atau tandatangan itu tulen, dan bahawa orang yang

Keterangan 69

menandatanganinya itu pada masa dia menandatanganinya memegang jawatan kehakiman atau jawatan rasmi yang diakuinya;

(b)

dokumen itu bolehlah diterima bagi maksud yang sama dengan maksud yang ia boleh diterima di England atau

Ireland Utara.

Anggapan tentang peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa

Kerajaan