Malaysia legislation

Section 88

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 88

Anggapan tentang perutusan telegraf

Mahkamah boleh menganggap bahawa suatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai telah dihantar; tetapi mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang olehnya perutusan itu diserahkan untuk penghantaran.

Section 88 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my