Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Anggapan tentang dokumen yang berusia dua puluh tahun
Jika mana-mana dokumen yang berupa sebagai atau dibuktikan berusia dua puluh tahun dikemukakan daripada mana-mana jagaan yang difikirkan wajar oleh mahkamah dalam hal tertentu itu, mahkamah boleh menganggap bahawa tandatangan dan tiap-tiap bahagian lain dokumen itu yang berupa sebagai tulisan tangan mana-mana orang tertentu adalah dalam tulisan tangan orang itu, dan dalam hal sesuatu dokumen yang disempurnakan atau diaku saksi, mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen itu telah disempurnakan dan diakusaksikan dengan sewajarnya oleh orang yang olehnya ia berupa sebagai telah disempurnakan dan diakusaksikan.
Huraian—Dokumen dikatakan berada dalam jagaan wajar jika dokumen itu berada di tempat yang dan di bawah jagaan orang yang dengannya ia sepatutnya berada; tetapi tiada jagaan boleh dikatakan sebagai tidak wajar jika jagaan itu dibuktikan sah pada asalnya, atau jika hal keadaan hal tertentu itu sebegitu sehingga menjadikan asalnya barang kali.
Huraian ini juga terpakai bagi seksyen 81.
(a)
A telah lama memiliki harta tanah. Dia mengemukakan daripada jagaannya dokumen yang berhubungan dengan tanah itu yang menunjukkan hakmiliknya pada tanah itu. Jagaan itu adalah wajar.
(b)
A mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan harta tanah yang dia menjadi pemegang gadaiannya. Tanah itu ada dalam milikan penggadainya. Jagaan A adalah wajar.
(c)
A, yang ada kaitan dengan B, mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan tanah dalam milik B, yang telah didepositkan dengannya oleh B untuk jagaan selamat. Jagaan itu adalah wajar.
Dokumen yang Dikeluarkan oleh Komputer
Kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, dan pernyataan yang terkandung dalamnya 90a. (1) Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya jika dokumen itu telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa, sama ada atau tidak seseorang yang mengemukakan dokumen itu ialah pembuat dokumen atau pernyataan itu.
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 56
(2)
Bagi maksud seksyen ini bolehlah dibuktikan bahawa sesuatu dokumen telah dikeluarkan oleh komputer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa dengan mengemukakan kepada mahkamah suatu perakuan yang telah ditandatangani oleh seseorang yang sama ada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu adalah bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer itu, atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan.
(3)
Dalam sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2), adalah mencukupi jika suatu hal dinyatakan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan orang yang menyatakannya.
(b)
Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen
(2)
boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie bagi semua hal yang dinyatakan dalamnya tanpa bukti tandatangan orang yang memberikan perakuan itu.
(4)
Jika sesuatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (2), hendaklah dianggap bahawa komputer yang disebut dalam perakuan itu adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi dengan baik dari segala segi sepanjang bahagian material tempoh dokumen itu dikeluarkan.
(5)
Sesuatu dokumen hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer sama ada ia telah dikeluarkan olehnya secara langsung atau dengan menggunakan apa-apa kelengkapan yang sesuai, dan sama ada atau tidak terdapat apa-apa campur tangan manusia secara langsung atau tidak langsung.
(6)
Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, boleh diterima sebagai keterangan sama ada atau tidak ia dikeluarkan oleh komputer itu selepas bermulanya prosiding jenayah atau sivil atau selepas bermulanya apa-apa penyiasatan atau siasatan berhubung dengan prosiding jenayah atau sivil atau penyiasatan atau siasatan itu, dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan sedemikian oleh komputer itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.
(7)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding jenayah,
Keterangan 73
jika ia diberikan sebagai keterangan oleh atau bagi pihak orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dalam prosiding itu jika orang yang dipertuduh atas kesalahan itu ialah orang yang—
(a)
bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer itu atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan; atau
(b)
dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu.
Nilai yang boleh diberikan kepada dokumen atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen, yang diterima menurut kuasa seksyen 90a 90b. Dalam menganggarkan nilai, jika ada, yang hendak diberikan kepada sesuatu dokumen, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam suatu dokumen, yang diterima menurut kuasa seksyen 90a, mahkamah—
(a)
boleh membuat apa-apa inferens yang munasabah daripada hal keadaan yang berhubungan dengan dokumen atau pernyataan itu, termasuklah cara dan tujuan pewujudannya, atau ketepatannya atau selainnya;
(b)
hendaklah mengambil kira—
(i)
lat masa antara berlakunya atau wujudnya fakta yang dinyatakan dalam dokumen atau pernyataan itu dengan pembekalan maklumat atau hal yang berkaitan itu ke dalam komputer; dan
(ii)
sama ada atau tidak orang yang membekalkan, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pembekalan, maklumat itu atau penjagaan dokumen itu, atau dokumen yang mengandungi pernyataan itu, mempunyai apa-apa insentif untuk menyembunyikan atau menyalahnyatakan semua atau mana-mana fakta yang dinyatakan dalam dokumen atau pernyataan itu.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 56
Seksyen 90a dan 90b mengatasi peruntukan lain Akta ini,
Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949, dan mana-mana undang-undang bertulis 90c. Peruntukan seksyen 90a dan 90b hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam mana-mana peruntukan lain
Akta ini, atau dalam Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 [Akta 33], atau dalam mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemerakuan, pengeluaran atau pencabutan dokumen atau dalam mana-mana rukun undang-undang atau amalan yang berhubungan dengan pengemukaan, penerimaan, atau pembuktian, keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil.
Bab Va
KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN YANG DIPEROLEH
DI BAWAH PERMINTAAN BANTUAN BERSAMA
DALAM PERKARA JENAYAH
Pemakaian Bab Va 90d. Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Bab ini hendaklah terpakai bagi maksud menentukan kebolehterimaan keterangan yang diperoleh menurut permintaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
[Akta 621].
Kebolehterimaan dalam perkara jenayah tentang keterangan yang diperoleh menurut permintaan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah 90e. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (9), apa-apa testimoni, pernyataan atau deposisi, berserta dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau yang dilampirkan pada pernyataan atau deposisi itu, yang diterima oleh Peguam
Negara menurut permintaaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan
Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkenaan dengan perkara jenayah, hendaklah apabila pengemukaannya diterima dalam prosiding jenayah itu sebagai keterangan tanpa bukti lanjut apa-apa
Keterangan 75
fakta yang dinyatakan dalam testimoni, pernyataan atau deposisi itu dan dalam dokumen itu, jika ada, yang diekshibitkan atau dilampirkan pada pernyataan atau deposisi itu.
(2)
Testimoni, pernyataan atau deposisi hendaklah diambil—
(a)
dengan sumpah atau ikrar;
(b)
di bawah obligasi untuk memberitahu kebenaran yang dikenakan, sama ada secara nyata atau tersirat, oleh atau di bawah undang-undang negara asing yang berkenaan;
atau
(c)
dengan amaran atau peringatan sedemikian yang akan diterima, oleh mahkamah di negara asing yang berkenaan, bagi maksud memberikan testimoni dalam prosiding di hadapan mahkamah itu.
(3)
Testimoni, pernyataan atau deposisi hendaklah —
(a)
ditandatangani atau diperakui oleh seorang hakim, majistret atau pegawai dalam atau bagi negara asing yang permintaan itu dibuat; dan
(b)
mengandungi meterai rasmi atau awam—
(i)
negara asing; atau
(ii)
Menteri bagi Negara, atau jabatan atau pegawai kerajaan bagi negara asing.
(4)
Suatu perakuan oleh hakim, majistret atau pegawai yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah, tanpa bukti lanjut, diterima dalam prosiding sebagai keterangan konklusif bagi fakta yang terkandung dalam perakuan itu.
(5)
Semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman bagi meterai rasmi atau awam yang disebut dalam subseksyen (3).
(6)
Testimoni yang diambil di bawah subseksyen (2) boleh diubah ke dalam bentuk bertulis atau direkodkan pada pita, cakera atau peranti lain yang daripadanya bunyi atau imej boleh dikeluarkan semula atau boleh diambil melalui teknologi yang membenarkan kehadiran orang itu dengan cara maya di Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 56
(7)
Jika testimoni telah diubah ke dalam bentuk bertulis atau direkodkan pada pita, cakera atau peranti lain yang daripadanya bunyi atau imej boleh dikeluarkan semula, tulisan, pita, cakera atau peranti lain itu hendaklah disahkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3).
(8)
Jika testimoni telah dibuat melalui video atau cara lain yang membenarkan kehadiran orang itu dengan cara maya di Malaysia, testimoni itu hendaklah disifatkan telah diberikan di Malaysia.
(9)
Bagi maksud Bab ini, testimoni, pernyataan atau deposisi tidak perlu—
(a)
dalam bentuk afidavit; atau
(b)
merupakan transkrip prosiding di mahkamah asing.
(10)
Bagi maksud Bab ini, jika pihak pendakwa memohon untuk mengemukakan apa-apa testimoni, pernyataan, deposisi, dokumen atau benda yang dinyatakan dalam subseksyen (1)
sebagai keterangan dalam perkara jenayah, mahkamah tidak boleh memberikan apa-apa arahan bahawa keterangan itu atau mana-mana bahagian keterangan itu tidak akan dikemukakan.
(11)
Dalam Bab ini, “perkara jenayah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Bantuan Bersama dalam
Perkara Jenayah 2002.
Perakuan yang berhubungan dengan keterangan asing 90f.
Sesuatu perakuan oleh Peguam Negara atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk membuat suatu perakuan sedemikian yang memperakui bahawa apa-apa testimoni, pernyataan atau deposisi yang kepadanya perakuan itu dilampirkan, berserta dengan mana-mana dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan padanya, jika ada, yang telah diterima oleh Peguam
Negara menurut permintaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan
Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang disebut dalam perakuan itu, hendaklah apabila perakuan itu dikemukakan tanpa bukti lanjut diterima dalam prosiding sebagai keterangan konklusif bagi fakta yang terkandung dalam perakuan itu.
Keterangan 77