Malaysia legislation

Section 91

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 91

Apabila terma sesuatu kontrak atau sesuatu pemberian atau apa-apa pelupusan lain harta telah diubah oleh atau dengan persetujuan pihak-pihak ke dalam bentuk dokumen, dan dalam segala hal yang dalamnya apa-apa perkara dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, tiada keterangan boleh diberikan bagi membuktikan terma kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta atau bagi membuktikan perkara itu, kecuali dokumen itu sendiri, atau keterangan sekunder mengenai kandungannya dalam hal yang dalamnya keterangan sekunder boleh diterima di bawah peruntukan yang terkandung terdahulu daripada ini.

Kecualian 1—Apabila seseorang pegawai awam dikehendaki oleh undang-undang supaya dilantik secara bertulis, dan apabila dibuktikan bahawa mana-mana orang tertentu telah bertindak sebagai pegawai itu, surat yang melantiknya itu tidaklah perlu dibuktikan.

Kecualian 2—Wasiat yang telah diterima untuk probet di Malaysia boleh dibuktikan dengan probet itu.

Huraian 1—Seksyen ini sama-sama terpakai bagi hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta yang disebut itu terkandung dalam satu dokumen dan bagi hal yang dalamnya ia terkandung dalam lebih daripada satu dokumen.

Huraian 2—Jika terdapat lebih daripada satu dokumen asal, hanya satu dokumen asal sahaja perlu dibuktikan.

Huraian 3—Pernyataan dalam apa jua pun dokumen mengenai sesuatu fakta, selain fakta yang disebut dalam seksyen ini, tidak boleh menghalang penerimaan keterangan lisan tentang fakta yang sama.

(a)

Jika sesuatu kontrak terkandung dalam beberapa surat, semua surat yang mengandungi kontrak itu mestilah dibuktikan.

(b)

Jika sesuatu kontrak terkandung dalam suatu bil pertukaran, bil pertukaran itu mestilah dibuktikan.

(c)

Jika sesuatu bil pertukaran dibuat dalam tiga salinan, hanya satu salinan sahaja perlu dibuktikan.

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 56

(d)

A membuat kontrak secara bertulis dengan B untuk menyerahkan lada hitam atas terma tertentu. Kontrak itu menyebut fakta bahawa B telah membayar kepada A harga lada hitam yang lain yang telah dikontrakkan secara lisan pada suatu masa yang lain.

Keterangan lisan diberikan bahawa tiada pembayaran telah dibuat bagi lada hitam yang lain itu. Keterangan itu bolehlah diterima.

(e)

A memberi B suatu resit bagi wang yang telah dibayar oleh B.

Keterangan lisan diberikan mengenai bayaran itu.

Keterangan itu bolehlah diterima.

Penyingkiran keterangan mengenai perjanjian lisan