Malaysia legislation
Section 93
Seksyen 93
Dengan syarat bahawa—
Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen adalah pada zahirnya taksa atau cacat, keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta yang akan menunjukkan pengertiannya atau memperbaiki kecacatannya.
(a)
A bersetuju secara bertulis untuk menjual seekor kuda kepada B dengan harga RM500 atau RM600. Keterangan tidak boleh diberikan bagi menunjukkan mana satu harga yang hendak diberikan.
(b)
Suatu dokumen mengandungi tempat kosong. Keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta yang akan menunjukkan bagaimana tempat kosong itu akan diisi.
Keterangan 81
Penyingkiran keterangan terhadap pemakaian dokumen bagi fakta yang sedia ada