Malaysia legislation
Section 94
Seksyen 94
Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu jelas dengan sendirinya dan apabila bahasa itu dipakai dengan tepatnya bagi fakta yang sedia ada, keterangan tidak boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa bahasa itu tidak dimaksudkan untuk dipakai bagi fakta itu.
A memindahhakkan kepada B melalui memorandum pindah hakmilik
“estet saya di Kranji seluas 100 ekar.” A mempunyai suatu estet di Kranji seluas 100 ekar. Keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta bahawa estet yang dimaksudkan itu ialah estet yang terletak di suatu tempat berlainan dan mempunyai keluasan berlainan.