Malaysia legislation

Section 95

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 95

Keterangan tentang dokumen yang tidak bererti berkenaan fakta yang sedia ada

Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu jelas dengan sendirinya, tetapi tidak bererti berkenaan dengan fakta yang sedia ada, keterangan boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa bahasa itu telah digunakan dengan pengertian khas.

A memindahhakkan kepada B melalui memorandum pindah hakmilik

“ladang saya di Pulau Pinang.”

A tidak mempunyai ladang di Pulau Pinang, tetapi ternyata mempunyai ladang di Seberang Perai yang telah dimiliki oleh B semenjak memorandum itu disempurnakan.

Fakta ini boleh dibuktikan bagi menunjukkan bahawa memorandum itu berhubung dengan ladang di Seberang Perai itu.

Keterangan tentang pemakaian bahasa yang boleh dipakai bagi seorang sahaja daripada beberapa orang