Malaysia legislation

Section 96

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 96

Apabila fakta adalah sedemikian rupa sehingga bahasa yang digunakan itu mungkin telah dimaksudkan untuk dipakai bagi mana-mana orang atau benda dan bukan dimaksudkan untuk dipakai bagi lebih daripada satu daripada beberapa orang atau benda,

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 56

keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan yang mana satu daripada orang atau benda itu bahasa itu dimaksudkan untuk dipakai.

(a)

A bersetuju menjual kepada B “kuda putih saya” dengan harga

RM500. A mempunyai dua ekor kuda putih. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan yang mana satu daripada kuda itu yang dimaksudkan.

(b)

A bersetuju untuk pergi bersama B ke Halifax. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan sama ada Halifax di Yorkshire atau Halifax di Nova Scotia yang dimaksudkan.

Keterangan tentang pemakaian bahasa bagi satu daripada dua set fakta apabila bahasa itu tidak boleh dipakai dengan betulnya bagi mana-mana satu