Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
Siapa yang boleh memberikan keterangan mengenai perjanjian yang mengubah terma dokumen
Orang yang tidak menjadi pihak kepada sesuatu dokumen atau bukan wakil mereka dari segi kepentingan boleh memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang cenderung menunjukkan adanya suatu perjanjian semasa yang mengubah terma dokumen itu.
A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis bahawa B akan menjual kepada A timah tertentu yang akan dibayar apabila ia diserahkan. Pada masa yang sama mereka membuat suatu perjanjian lisan bahawa A akan diberi tiga bulan kredit. Ini tidak boleh dibuktikan antara A dengan B, tetapi ia boleh dibuktikan oleh C jika perjanjian lisan itu menyentuh kepentingannya.