Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya adalah berkaitan, atau yang menetapkan masa atau tempat yang mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, adalah berkaitan setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
(a)
Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu boleh menjadi fakta berkaitan.
Keterangan 23
(b)
A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang mentohmah
A berkelakuan keji; B menegaskan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu benar.
Kedudukan dan hubungan pihak-pihak itu pada masa libel itu disiarkan boleh menjadi fakta berkaitan sebagai permulaan kepada fakta persoalan.
Butir-butir mengenai suatu pertikaian antara A dengan B mengenai suatu perkara yang tidak berkaitan dengan libel yang dikatakan itu tidaklah berkaitan, walaupun fakta bahawa terdapat suatu pertikaian boleh menjadi berkaitan jika ia menjejaskan hubungan antara A dengan B.
(c)
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu adalah berkaitan sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Perincian urusan yang kerananya dia telah meninggalkan rumah tidaklah berkaitan, kecuali setakat yang perlu bagi menunjukkan bahawa urusan itu adalah tiba-tiba dan mendesak.
(d)
A membawa guaman terhadap B kerana mendorong C memungkiri suatu kontrak perkhidmatan yang telah dibuat oleh C dengan A. Apabila berhenti berkhidmat dengan A, C berkata kepada A: “Saya meninggalkan tuan oleh sebab B telah membuat tawaran yang lebih baik kepada saya.”
Pernyataan ini ialah fakta berkaitan sebagai menghuraikan kelakuan C, yang berkaitan sebagai suatu fakta persoalan.
(e)
A yang dituduh mencuri telah dilihat memberikan harta curi itu kepada
B, yang telah dilihat memberikannya kepada isteri A. Tatkala menyerahkannya
B berkata: “A kata awak hendaklah menyembunyikan ini.” Pernyataan B adalah berkaitan sebagai menghuraikan suatu fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi itu.
(f)
A dibicarakan kerana melakukan rusuhan dan dibuktikan telah mengepalai perarakan sekumpulan perusuh. Tempik sorak perusuh itu adalah berkaitan sebagai menghuraikan jenis transaksi itu.
Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama