Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“bailif” termasuklah seorang Syerif dalam Mahkamah Tinggi;
“borang yang ditetapkan” ertinya borang yang ditetapkan oleh apa-apa kaedah amalan dan tatacara yang berkuat kuasa di mahkamah di mana prosiding dibawa;
“Hakim” ertinya seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Tinggi, seorang Hakim
Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke
Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret Kelas Satu dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah *Wilayah Persekutuan;
* CATATAN-“Wilayah Persekutuan” rujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya−lihat Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) Akta 2001 [Akta A1095]
mula berkuat kuasa 1 Februari 2001.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
“Pendaftar” ertinya Pendaftar atau seorang Penolong Pendaftar
Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke
Mahkamah Tinggi, Pendaftar Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret.
“penyewa” ertinya mana-mana orang yang daripadanya seorang tuan tanah menuntut sewa yang kena dibayar di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil atau perjanjian;
“tuan tanah” ertinya pemberi pajak atau pemberi pajak kecil mana-mana premis di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil, atau perjanjian tenansi, dan termasuklah mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak dalam apa-apa sifat untuk menerima sewa yang kena dibayar di bawah mana-mana pajakan atau perjanjian itu.