Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Distres 1951.
/akn/my/act/act/1951/255
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA DISTRES 1951 is Malaysia Act, cited as Act 255 1951, currently marked in force and first recorded in 1951.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Distres 1951.
Tafsiran
“bailif” termasuklah seorang Syerif dalam Mahkamah Tinggi;
“borang yang ditetapkan” ertinya borang yang ditetapkan oleh apa-apa kaedah amalan dan tatacara yang berkuat kuasa di mahkamah di mana prosiding dibawa;
“Hakim” ertinya seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Tinggi, seorang Hakim
Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke
Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret Kelas Satu dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah *Wilayah Persekutuan;
* CATATAN-“Wilayah Persekutuan” rujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya−lihat Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) Akta 2001 [Akta A1095]
mula berkuat kuasa 1 Februari 2001.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
“Pendaftar” ertinya Pendaftar atau seorang Penolong Pendaftar
Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke
Mahkamah Tinggi, Pendaftar Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret.
“penyewa” ertinya mana-mana orang yang daripadanya seorang tuan tanah menuntut sewa yang kena dibayar di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil atau perjanjian;
“tuan tanah” ertinya pemberi pajak atau pemberi pajak kecil mana-mana premis di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil, atau perjanjian tenansi, dan termasuklah mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak dalam apa-apa sifat untuk menerima sewa yang kena dibayar di bawah mana-mana pajakan atau perjanjian itu.
Tidak terpakai kepada sewa Kerajaan
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri.
Tiada distress selain di bawah Akta ini
Tiada tuan tanah boleh menahan harta untuk mendapat sewa kecuali dalam cara yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Permohonan bagi waran distress
Surat kuasa itu bolehlah seperti dalam borang yang ditetapkan, jika ada, dengan apa-apa perubahan sebagaimana hal keadaan memerlukan, dan hendaklah dikemukakan pada masa
Distres 7
permohonan itu. Suatu surat kuasa wakil boleh diterima sebagai kuasa itu.
Tunggakan sewa boleh didapati melalui tahanan harta selepas penamatan tenansi itu, dengan syarat bahawa sama ada penyewa masih menduduki premis itu yang berkenaan dengannya sewa itu dituntut sebagai kena dibayar, atau apa-apa barang penyewa masih berada di atas premis itu.
Peruntukkan bagi distres oleh salah seorang pemunya bersesama
Jika suatu hak kepada suatu tahanan harta terakru kepada orang-orang bersesama atau bersama-sama berkepentingan dalam mana-mana premis, hak itu boleh dijalankan oleh salah seorang daripada orang-orang itu di atas namanya sendiri dan nama-nama mereka yang mempunyai kepentingan bersesama atau bersama-sama dengannya, dan pengenaan itu adalah suatu penjelasan yang cukup kepada defendan bagi amaun yang didapati itu; tetapi Hakim atau Pendaftar boleh dalam apa-apa keadaan memerlukan pihak yang memohon itu mengemukakan suatu kuasa bertulis untuk menahan harta, yang ditandatangani oleh orang-orang lain yang bersesama atau bersama-sama berkepentingan dengannya.
Waran distress
Suatu waran distress hendaklah dialamatkan kepada bailif, mengarahkannya seterusnya untuk menahan apa-apa harta alih yang dijumpai olehnya di atas premis yang dinamakan dalamnya, atau apa-apa bahagian harta itu sebagaimana dalam pertimbangnya boleh mencukupi, apabila dijual, untuk mendapatkan amaun sewa yang dinyatakan di dalamnya sebagai kena dibayar kepada pemohon itu, bersama-sama dengan apa-apa jumlah sebagaimana boleh kena dibayar kepada pemohon dengan cara kos dan kepada bailiff bagi fi dan perbelanjaannya:
Dengan syarat bahawa sebelum suatu waran distress dikeluarkan mahkamah boleh memerlukan pemohon itu membayar ke mahkamah secara tunai apa-apa jumlah sebagaimana mahkamah fikirkan perlu untuk menampung fi dan perbelanjaan bailif itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
Harta yang dikecualikan daripada disita
benda-benda yang sebenar digunakan yang berada dalam tangan seseorang pada masa penyitaan itu;
alat atau pekakas yang tidak digunakan jika ada harta alih yang lain di dalam atau di atas rumah atau premis mencukupi untuk menampung amaun dan kos itu;
pakaian yang perlu oleh penyewa dan tempat tidur yang perlu bagi diri dan keluarganya;
barang-barang dalam milikan penyewa itu bagi maksud dibawa, ditempa, diusahakan, atau selainnya diuruskan dalam menjalankan tred atau perniagaan biasanya;
harta mana-mana Kerajaan, harta yang diletak hak dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi maksud pihak berkuasa tempatan, dan harta yang diletak hak bagi maksud awam dengan mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada ditubuhkan atau tidak, yang Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta mengumumkan sebagai dikecualikan daripada prosiding distress.
Inventori dan anggaran harta yang disita dan notis kepada penyewa mengenai penyitaan itu
Jika penyewa itu tidak berada di atas premis itu, notis tersebut boleh diberikan kepada mana-mana orang yang berupa sebagai mendudukinya atau, jika tiada orang sedemikian, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat disitu.
Permohonan oleh penyewa kecil, penginap, dsb., bagi pembatalan, penggantungan atau pelepasan
mana-mana orang lain yang bukan seorang penyewa premis itu atau mana-mana bahagiannya, dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa tenansi premis itu atau apa-apa bahagiannya, telah disita di bawah suatu waran distress yang dikeluarkan untuk mendapatkan tunggakan sewa yang kena dibayar kepada seorang tuan tanah atasan oleh penyewa terdekat, maka penyewa kecil, penginap, atau orang lain yang disebut terdahulu itu boleh memohon kepada
Hakim untuk membatal atau menggantungkan waran itu atau untuk melepaskan suatu barang yang ditahan:
Dengan syarat bahawa−
tiada perintah boleh dibuat melainkan penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu itu memuaskan mahkamah bahawa penyewa terdekat itu tidak mempunyai hak mengenai harta atau kepentingan benefisial ke atas perabot, barang atau harta-benda dan bahawa perabot, barang atau harta-benda itu adalah harta atau dalam milikan yang sah penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu; dan
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
juga dalam kes mengenai seorang penyewa kecil atau penginap itu melainkan penyewa kecil atau penginap itu membayar kepada tuan tanah atau ke mahkamah suatu amaun bersamaan dengan tunggakan sewa yang berkenaan dengannya distress telah dikenakan dan juga memberi kesanggupan untuk membayar kepada tuan tanah sewa masa depan, jika ada, yang kena dibayar olehnya kepada penyewa; dan
tiada dalam apa-apa keadaan boleh penyewa kecil itu yang membayar sekurang-kurangnya tiga suku nilai sewa penuh bulanan premis yang terkandung dalam tenansi kecil itu atau penginap bertanggungan di bawah seksyen ini untuk membayar kepada tuan tanah atau ke mahkamah suatu jumlah lebih besar daripada sewa yang ia terhutang kepada tuan tanah terdekatnya.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 11 dan 14 sewa seorang penginap hendaklah termasuk apa-apa jumlah sebagaimana ia membayar atau berhutang dengan tuan tanah terdekatnya bagi sewa bilik, makanan, layanan dan penggunaan perabot.
Bayaran oleh penyewa kecil atau penginap kepada tuan tanah atasan disifatkan sebagai sewa
Jika apa-apa harta alih kepunyaan−
Bagi maksud mendapatkan apa-apa jumlah yang kena dibayar oleh seorang penyewa kecil atau penginap kepada seorang tuan tanah atasan di bawah kesanggupan yang dinyatakan dalam seksyen 10, atau di bawah suatu notis yang disampaikan mengikut seksyen 14, penyewa kecil atau penginap itu hendaklah disifatkan sebagai penyewa terdekat tuan tanah atasan, dan jumlah yang kena dibayar hendaklah disifatkan sebagai sewa; tetapi, jika penyewa kecil atau penginap itu telah, menurut apa-apa kesanggupan atau notis sebagaimana disebut terdahulu, membayar apa-apa jumlah kepada tuan tanah atasan, dia boleh memotong amaun tersebut daripada apa-apa sewa yang kena dibayar atau yang akan dibayar olehnya kepada tuan tanah terdekatnya, dan mana-mana orang (selain daripada penyewa yang bagi sewanya distress itu dikenakan atau diberi kuasa untuk dikenakan) yang daripada sewanya suatu potongan telah dibuat berkenaan dengan suatu bayaran itu boleh membuat
Distres 11
potongan yang sama daripada apa-apa sewa yang kena dibayar atau yang akan kena dibayar olehnya kepada tuan tanah terdekatnya.
Kekecualian barang tertentu
bagi barang kepunyaan suami atau isteri penyewa yang sewanya dalam tunggakan, atau kepada barang yang terkandung dalam apa-apa bil jualan, perjanjian sewa beli, atau penyelesaian yang dibuat oleh penyewa itu, atau kepada barang dalam milikan, tempahan atau kawalan penyewa itu dengan persetujuan dan kebenaran pemunya yang sebenar di bawah apa-apa hal keadaan bahawa penyewa itu adalah pemunya yang bereputasi baik;
bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis di mana apa-apa tred atau perniagaan dijalankan di mana kedua-dua penyewa terdekat dan penyewa kecil mempunyai suatu kepentingan;
bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis yang digunakan sebagai pejabat atau gudang di mana pemunya barang itu mengabaikan bagi satu bulan kalendar selepas notis (yang akan diberi dalam cara yang sama seperti suatu notis keluar) untuk memindahkan barang dan mengosongkan premis itu; dan
bagi barang kepunyaan dan dalam pejabat mana-mana syarikat atau perbadanan di atas premis di mana penyewa terdekat adalah seorang pengarah atau pegawai, atau dalam penggajian, syarikat atau perbadanan itu.
Kekecualian penyewa kecil tertentu
Seksyen 10 tidak terpakai kepada mana-mana penyewa kecil jika tenansi kecil itu telah diwujudkan dengan melanggar apa-apa waad atau perjanjian bertulis di antara tuan tanah dengan penyewa terdekatnya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
Untuk mengelakkan distress
Dalam keadaan di mana sewa penyewa terdekat tuan tanah atasan itu dalam tunggakan, adalah sah bagi tuan tanah atasan untuk menyampaikan kepada mana-mana penyewa kecil atau penginap suatu notis (melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada penyewa kecil atau penginap tersebut di atas premis itu) menyatakan amaun tunggakan sewa itu, dan memerlukan semua bayaran sewa masa depan, sama ada sewa itu telah pun terakru yang kena dibayar atau tidak, oleh penyewa kecil atau penginap itu dibayar terus kepada tuan tanah atasan yang memberi notis itu sehingga tunggakan itu telah dibayar dengan sewajarnya, dan notis itu hendaklah memberi kuat kuasa memindahkan kepada tuan tanah atasan hak untuk mendapat, menerima, dan memberi suatu lepasan bagi sewa itu.
Tafsiran seksyen 10 hingga 14
“tuan tanah atasan” hendaklah disifatkan sebagai termasuk seorang tuan tanah dalam keadaan di mana barang yang disita itu bukan barang seorang penyewa kecil atau penginap; dan perkataan
“penyewa” dan “penyewa kecil” tidak termasuk seorang penginap.
Permohonan oleh penyewa
Penyewa boleh memohon kepada seorang Hakim untuk membatal atau menggantungkan pelaksanaan waran itu, atau untuk melepaskan mana-mana bahagian harta yang disita.
Kuasa mahkamah
Hakim boleh, di atas apa-apa permohonan sedemikian, menguruskan perkara itu secara terus dan menolak permohonan atau membatalkan waran, atau memerintahkan supaya dilepaskan tanpa bersyarat atau di atas apa-apa syarat sebagaimana ia fikirkan patut mengenai apa-apa harta yang disita, atau boleh mengarahkan suatu isu dibicarakan, dan, sebelum keputusan isu tersebut, menggantung pelaksanaan waran itu, atau boleh memerintahkan harta itu dijual dan hasil jualan diserahkan ke dalam mahkamah, atau boleh membuat apa-apa perintah lain di atas apa-apa syarat sebagaimana ia fikirkan adil di antara pihak itu sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat.
Distres 13
Kos
Apa-apa kos yang tertanggung dalam mana-mana prosiding adalah dalam budi bicara Hakim dan boleh dalam keadaan yang sesuai ditambahkan kepada amaun yang boleh dikenakan di bawah waran.
Jualan harta yang disita
Tertakluk kepada Akta ini harta yang disita di bawah suatu waran distress hendaklah dijual pada masa dan di tempat yang dinamakan dalam notis yang diperlukan oleh seksyen 9; dan hasil bersih penjualan itu hendaklah digunakan pertamanya bagi pembayaran fi dan perbelanjaan bailiff dan kemudiannya bagi penjelasan sewa dan kos dibayar oleh penyewa kepada tuan tanah.
Baki, jika ada, yang tinggal selepas bayaran itu hendaklah dipulangkan kepada penyewa atau orang lain yang berhak kepadanya.
Tatacara jika harta yang boleh disita di bawah suatu distress telah pun berada di bawah sitaan dengan cara pelaksanaan
Pegawai yang mempunyai milikan di bawah waran pelaksanaan hendaklah, apabila diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1), memberi notis secara bertulis kepada si piutang pelaksanaan dan penghutang pelaksanaan mengenai
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
waran distress itu. Notis kepada penghutang pelaksanaan boleh diberi dengan melekatkannya di premis di atas mana barang itu disita.
Si piutang pelaksanaan atau penghutang pelaksanaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membatal atau menggantungkan waran distress itu, dan mahkamah boleh menjalankan semua atau apa-apa kuasa tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17
dan 18 dalam keadaan suatu permohonan di bawah seksyen 16.
Pemindahan barang untuk mengelakkan distress
Bailif boleh, tanpa suatu perintah yang sedemikian, menyusur dan menyita apa-apa harta tersebut yang dijumpai olehnya semasa dalam proses pemindahan.
Jika barang yang dipindahkan dijual kepada pembeli bona fide
Mana-mana orang yang menuntut dirinya sebagai pembeli bona fide bagi nilai wajar apa-apa harta yang disita di bawah seksyen 21 boleh dalam tempoh empat hari penyitaan tersebut, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana seorang Hakim boleh membenarkan, memohon suatu perintah supaya harta yang disita itu dikembalikan
Distres 15
kepadanya, dan seorang Hakim boleh membuat perintah tersebut dengan sewajarnya.
Premis yang ditinggalkan
mana-mana premis yang disewa bagi suatu sewa tulen atau suatu sewa tidak kurang daripada tiga-suku nilai tahunannya;
sewa adalah dalam tunggakan bagi tidak kurang daripada dua bulan tenansi; dan
penyewa telah meninggalkan milikan premis itu dan meninggalkan di atasnya harta yang tidak mencukupi yang daripadanya tunggakan sewa boleh didapati melalui distres, seorang Hakim boleh, di atas permohonan tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff untuk memasuki premis, dengan menggunakan apa-apa paksaan sebagaimana yang perlu untuk mendapatkan kemasukan ke dalam mana-mana bangunan di atasnya, dan mengambil milikannya;
dan bailiff hendaklah dalam keadaan tersebut masuk ke atas premis itu dan melekatkan di suatu tempat yang mudah dilihat di atasnya suatu notis bahawa milikannya akan diserahkan kepada tua tanah, melainkan dalam tempoh sepuluh hari seorang Hakim, di atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, memerintah sebaliknya.
Jika tiada permohonan sedemikian dibuat dalam tempoh sepuluh hari, bailiff hendaklah memberi milikan premis itu kepada tuan tanah, dan pajakan atau perjanjian tenansi itu hendaklah mulai daripada itu disifatkan sebagai tamat.
Jika apa-apa permohonan sedemikian dibuat, Hakim boleh membuat apa-apa perintah bagi milikan premis itu, dan di atas apa-apa syarat bagi pembayaran sewa yang kena dibayar atau selainnya, sebagaimana ia sifatkan adil di antara pihak-pihak itu, dan bagi maksud itu boleh mengarahkan bahawa apa-apa soalan permulaan dibicarakan sebagai suatu isu.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 255
Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan di atas sebab yang mencukupi dan di atas apa-apa syarat sebagaimana Hakim sifatkan adil, di atas permohonan oleh mana-mana orang yang berkepentingan, walaupun tempoh yang ditetapkan itu habis.
Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu waran distress bagi maksud seksyen 72 dan proviso (b) kepada seksyen 93 (1) Akta Mahkamah Rendah 1948
[Akta 92].
Penalti
Jika−
Mana-mana orang yang menjual atau bersubahat dengan penjualan apa-apa harta yang disita di bawah suatu waran distress yang melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah mahkamah berhubungan dengan penjualan harta yang disita di bawah waran distress, hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan.
Notis keluar
Jika sewa yang kena dibayar oleh mana-mana penyewa, selain daripada bagi suatu tempoh tentu, mengenai mana-mana rumah atau premis kepada tuan tanahnya masih belum dibayar bagi tempoh tidak kurang daripada empat belas hari selepas pembayarannya menjadi kena dibayar dan masih belum dibayar, maka, dalam ketiadaan suatu perjanjian yang nyata di antara pihak-pihak itu bagi sebaliknya, apa-apa notis keluar yang diberi oleh tuan tanah kepada penyewa hendaklah, jika tempohnya adalah sebaliknya mencukupi, habis pada mana-mana hari yang boleh melalui syarat notis ditentukan bagi habis tempohnya, sama ada hari serentak dengan penamatan sebahagian tempoh penyewaan atau tidak.
Pemansuhan
Tiada apapun dalam Akta ini boleh menjejas apa-apa prosiding yang belum selesai pada mulanya ia berkuat kuasa, melainkan mahkamah memerintah selainnya.
Walau apa pun pemansuhan sedemikian, dan tertakluk kepada
Akta ini, amalan tatacara berhubungan dengan prosiding distress dalam Mahkamah Tinggi hendaklah disifatkan sebagai terus berkuat kuasa sehingga peruntukkan lain dibuat baginya oleh kaedah-kaedah mahkamah.
_________________________
JADUAL
[Seksyen 26]
Undang-undang bertulis
S.S. Cap.
Tajuk ringkas
Ordinan Distress
Takat pemansuhan
Keseluruhannya
F.M.S. Cap.
Sabah Cap.
Kanun Acara Sivil
Ordinan Distres untuk disewa
Bahagian VI
Keseluruhannya
18
Akta 255
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa
Meminda dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
P.U.(A) 359/1980
Perintah Ordinan Tahan-Harta 01-06-1981
(Perluasan) 1980
P.U.(A) 355/1985
Perintah Wilayah Persekutuan 16-04-1984
(Pengubahsuaian Akta Distress)
1985
Akta A671
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 22-05-1987
1987
_______________
19
Akta 255
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
24
Akta A671
Akta 160 22-05-1987
29-08-1975
______________