Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952

Seksyen 10

Penolakan pendaftaran

(2)

Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan melainkan jika orang yang memohon pendaftaran atau dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, salah seorang daripada mereka−

(a)

telah mencapai umur dua puluh lima tahun dan adalah sekurang-kurangnya lapan belas tahun lebih tua daripada anak yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat;

(b)

telah mencapai umur dua puluh satu tahun dan adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, anak itu atau sekiranya anak itu tak sah taraf, mana-mana orang yang mempunyai hubungan sedemikian sekiranya anak itu sah taraf; atau

(c)

adalah ibu atau bapa anak itu.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 253

(3)

Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan mana-mana atau seseorang anak yang tidak pada kebiasaannya bermastautin di Semenanjung Malaysia.

(4)

Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan seseorang anak yang menjadi perkara suatu perintah pengangkatan yang dibuat mengikut Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].

(5)

Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap pembatalan oleh

Pendaftar akan pendaftaran sesuatu pengangkatan atau daripada keengganan Pendaftar untuk mendaftar sesuatu pengangkatan, tetapi keengganan sedemikian tidaklah menghalang Pendaftar itu atau

Pendaftar yang lain daripada mendaftarkannya jika kemudiannya dia berpuas hati bahawa alasan bagi keengganannya untuk mendaftar sama ada tidak wujud atau telah disingkirkan.

Pendaftaran atau tanpa pendaftaran tidak menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan

Section 10 — REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 | mylaw.my