/akn/my/act/act/1952/253
*AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1952
- Sections
- 18
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 253 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan. [1 Januari 1955, P.U. 732/1954] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain −
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pengangkatan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Timbalan Pendaftar;
“Pendaftar Besar” ertinya orang yang dilantik menjadi Pendaftar
Besar dan Mati Malaysia, mengikuti seksyen 3(1) Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299];
“penjaga” ertinya orang yang mempunyai hak undang-undang terhadap penjagaan anak.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 253
Seksyen 3
Pendaftar Besar
Besar hendaklah mempunyai penjagaan dan pengawasan am terhadap semua daftar pengangkatan yang disimpan di bawah Akta ini dan semua Pendaftar Pengangkatan adalah tertakluk kepada arahannya bagi maksud Akta ini.
Seksyen 4
Perlantikan Pendaftar Pengangkatan
(2)
Raja atau Yang Dipertua Negeri mana-mana negeri boleh melantik beberapa pegawai awam, atas nama atau jawatan, sebagai
Pendaftar Pengangkatan bagi Negeri atau sesuatu kawasan sebagaimana dinyatakan dalam pelantikan itu bagi maksud Akta ini atau sebagai dan untuk bertindak sebagai Timbalan mana-mana
Pendaftar sedemikian semasa Pendaftar itu tidak ada di Negeri atau di kawasan itu atau sakit atau apabila jawatannya kosong buat sementara waktu.
Daftar dan buku catatan Pendaftar
Seksyen 5
Tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk dalam Jadual Kedua dan dia hendaklah memasukkan ke dalamnya butir-butir yang akan didaftarkan berkenaan dengan pengangkatan itu dan dia juga hendaklah menyimpan suatu buku yang dipanggil buku catatan
Pendaftar di mana dia sendiri akan merekodkan ke dalamnya semua prosiding berkenaan dengan pendaftaran sesuatu pengangkatan, butir-butir terperinci mengenai pengenalan anak angkat itu, nama
* CATATAN − Seksyen ini pernah dirujuk sebagai seksyen 3 Akta 190 sebelum semakan pada 1977
Pendaftaran Pengangkatan 7
orang yang mengangkatnya, nama orang yang mempersetujui pengangkatan itu, jika ada, dan semua keterangan yang diambil olehnya dalam mana-mana prosiding sedemikian di bawah Akta ini.
Seksyen 6
Pendaftaran pengangkatan de facto
(a)
orang atau suami isteri dan anak itu hadir di hadapan
Pendaftar dan mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau dokumentar yang memuaskan Pendaftar bahawa pengangkatan tersebut telah berlaku;
(b)
ibu bapa atau salah seorang daripada mereka, atau sekiranya kedua-duanya telah mati atau tiada seorangpun daripada mereka berada di Semenanjung Malaysia, mana-mana penjaga anak itu hendaklah hadir di hadapan
Pendaftar dan menyatakan persetujuan terhadap pengangkatan itu:
Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpuas hati bahawa dalam semua keadaan hal itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu dia boleh mengecualikan persetujuan daripada mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau mengecualikan kehadiran mana-mana ibu bapa atau penjaga yang akan menyatakan persetujuan melalui akuan berkanun; dan
(2)
Pendaftar hendaklah mendaftar sesuatu pengangkatan dengan memasukkan butir-butir mengenainya dalam daftar.
Salinan pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pemohon
Seksyen 7
(2)
Sekiranya butir-butir yang terkandung dalam suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar berkenaan dengan sesuatu pengangkatan, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Besar mengikut subseksyen (1), didapati oleh Pendaftar Besar adalah serupa dengan butir-butir suatu pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan mengikut Akta ini, dia hendaklah mengembalikan salinan yang diperakui tersebut kepada Pendaftar yang menghantarnya berserta butir-butir pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan dan Pendaftar tersebut hendaklah selepas itu memanggil pihak-pihak untuk menunjukkan sebab mengapa pendaftarn pengangkatan tersebut tidak patut dibatalkan dan jika pihak itu gagal untuk menunjukkan sebab Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.
Pihak dan saksi terikat untuk bercakap benar
Seksyen 8
(2)
Seseorang yang memberi apa-apa keterangan dalam sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini yang dia mengetahui adalah tidak benar, atau yang melakukan sesuatu perbuatan lain yang sekiranya dilakukan dalam sesuatu prosiding kehakiman boleh dihukum di bawah Bab XI Kanun Keseksaan [Akta 574], apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam Bab itu
Pendaftaran Pengangkatan 9
dengan cara yang sama seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan dalam atau berhubungan dengan suatu prosiding kehakiman.
Kuasa Pendaftar
Seksyen 9
Bagi maksud Akta ini tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah
Akta ini mempunyai semua kuasa seorang Majistret Kelas Pertama bagi memanggil dan memeriksa saksi dan pengendalian sumpah dan ikrar.
Seksyen 10
Penolakan pendaftaran
(2)
Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan melainkan jika orang yang memohon pendaftaran atau dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, salah seorang daripada mereka−
(a)
telah mencapai umur dua puluh lima tahun dan adalah sekurang-kurangnya lapan belas tahun lebih tua daripada anak yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat;
(b)
telah mencapai umur dua puluh satu tahun dan adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, anak itu atau sekiranya anak itu tak sah taraf, mana-mana orang yang mempunyai hubungan sedemikian sekiranya anak itu sah taraf; atau
(3)
Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan mana-mana atau seseorang anak yang tidak pada kebiasaannya bermastautin di Semenanjung Malaysia.
(4)
Pendaftar tidak boleh mendaftar sesuatu pengangkatan berkenaan dengan seseorang anak yang menjadi perkara suatu perintah pengangkatan yang dibuat mengikut Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
(5)
Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap pembatalan oleh
Pendaftar akan pendaftaran sesuatu pengangkatan atau daripada keengganan Pendaftar untuk mendaftar sesuatu pengangkatan, tetapi keengganan sedemikian tidaklah menghalang Pendaftar itu atau
Pendaftar yang lain daripada mendaftarkannya jika kemudiannya dia berpuas hati bahawa alasan bagi keengganannya untuk mendaftar sama ada tidak wujud atau telah disingkirkan.
Pendaftaran atau tanpa pendaftaran tidak menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan
Seksyen 11
Tiada apa-apa pendaftaran atau ketinggalan untuk mendaftar sesuatu pengangkatan akan menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan; dan dengan syarat bahawa anak angkat, orang yang mengangkatnya dan pihak-pihak yang mempersetujuinya dapat dikenali dengan ketentuan yang munasabah melalui butir-butir yang direkodkan di dalam buku nota Pendaftar, tiada kesilapan dalam butir-butir yang direkod di dalam Daftar dan tiada apa-apa ketinggalan untuk merekod apa-apa butir yang seharusnya direkod akan menyentuh keesahan pendaftaran pengangkatan itu.
Seksyen 12
Carian dan salinan yang diperakui mengenai catatan dalam daftar pengangkatan
(2)
Tiap-tiap salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar pengangkatan, jika salinan tersebut berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang yang diamanahkan di bawah Akta ini dengan penjagaan sesuatu daftar pengangkatan, hendaklah diterima bagi segala maksud dan dalam semua mahkamah sebagai keterangan terhadap pengangkatan yang mana ia berkaitan, dan, jika catatan itu mengandungi rekod terhadap tarikh lahir anak angkat itu, hendaklah diterima bukan hanya sebagai keterangan terhadap pengangkatan tetapi juga sebagai keterangan terhadap tarikh lahir anak angkat itu, tanpa pembuktian selanjutnya terhadap daftar tersebut atau terhadap sesuatu catatan di dalamnya atau terhadap tandatangan tersebut, tetapi tidak bagi keesahan pengangkatan tersebut; tetapi mahkamah boleh, dengan ketiadaan apa-apa keterangan yang sebaliknya, menganggap sesuatu pengangkatan yang didaftarkan sedemikian sebagai sah dan beban membukti bahawa tidak ada pengangkatan yang sah hendaklah terletak ke atas orang yang menyatakan sedemikian.
Pindaan bagi daftar
Seksyen 13
Pendaftaran Pengangkatan 11
(2)
Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pengangkatan dalam cara yang akan diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah dan mahkamah hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat dalam tiap-tiap permohonan itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut sekiranya mahkamah memerintahkan sedemikian.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 253
(3)
Jika didapati dalam sesuatu prosiding oleh mahkamah yang tidak rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bahawa sesuatu pengangkatan yang didaftarkan mengikut Akta ini adalah tidak sah dan mahkamah memerintahkan sedemikian, suatu salinan perintah tersebut hendaklah dihantar kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.
(4)
Mana-mana orang, sama ada menjadi pihak kepada prosiding atau tidak, yang terkilan oleh sesuatu keputusan mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu ke Mahkamah Tinggi atau ke
Mahkamah Persekutuan (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Jawatankuasa Kaedah-Kaedah.
Kesalahan dan penalti
Seksyen 14
Seseorang yang memalsukan sesuatu catatan dalam mana-mana daftar yang disimpan atau sesuatu salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalamnya yang diberi di bawah Akta ini atau yang dengan secara fraud atau curang menggunakan sebagai tulen sesuatu salinan yang diperakui yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah palsu, apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di dalam seksyen 466 Kanun
Keseksaan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen itu atau di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seksyen 15
Pendaftar sebagai pekhidmat awam
Tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan.
Seksyen 16
Kaedah-kaedah
Jawantankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan yang terdahulu, boleh, khususnya membuat kaedah-kaedah−
Pendaftaran Pengangkatan 13
(b)
menetapkan cara bagaimana Pendaftar menjalankan kuasa yang diberi kepadanya oleh Akta ini;
(c)
memperuntukkan bagi pembekalan dan penjagaan semua daftar dan buku nota Pendaftar yang disimpan di bawah
Akta ini dan pelupusannya; dan
(d)
pada amnya bagi menjalankan maksud Akta ini.
___________________________
PENDAFTARAN PENGANGKATAN
Jadual
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 6)
Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN SESUATU
PENGANGKATAN
Permohonan bagi pendaftaran pengangkatan anak yang bernama
…………………………………………………………………………………..
dahulunya (ii)…………………………………………………………………….
Saya, yang bertandatangan di bawah …………………...............................
dilahirkan di………………………………….ras…………………………………
agama
(jika ada)…………….………………………………....biasanya bermastautin di………………………………………………………
Dan saya, yang bertandatangan di bawah……………………………………
isterinya/suaminya dilahirkan di…………………………………………………..
ras…………………….agama (jika ada)…………………………………………..
biasanya bermastautin di…………………………………………………………..
dengan ini menyatakan :
(1)
Saya / Kami berhasrat supaya pengangkatan ………………………
………………………………………………………….seorang anak jantina…………….. dan agama (jika ada)………………… biasanya bermastautin di……………………………….……
kemudian daripada ini dipanggil “anak itu” didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Pengangkatan 1952.
(2)
Bapa anak itu ialah…………………………………………………..
bangsa…………………agama (jika ada)……………….……………..
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 253
dilahirkan di…………………………………..………dan sekarang bermastautin di
…………………………………………………...
yang persetujuan bertulisnya dilampirkan bersama : dan ibu anak itu ialah……….…………ras…………….………
agama (jika ada)………………………………………………………
dilahirkan di………………………………………………………….
dan sekarang bermastautin di……………………………………….
yang persetujuan bertulisnya terhadap pengangkatan dilampirkan bersama.
(3)
Anak itu dilahirkan pada…………….haribulan………..………...
20………dan adalah (a) sama dengan anak yang dimaksudkan dalam salinan yang diperakui mengenai catatan dalam Daftar Beranak yang dilampirkan; atau (b) adalah sama dengan anak yang dimaksudkan dalam akuan berkanun yang dilampirkan.
(4)
Anak itu biasanya bermastautin di Semenanjung Malaysia dan belum pernah berkahwin.
(5)
Anak itu pada……………….haribulan……………..20……………....
berada dalam jagaan saya/kami, dan dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh saya/kami sebagai anak saya/kami sendiri dan telah berada dalam jagaan saya/kami dan ditanggung dan dididik demikian semenjak tarikh itu dan seterusnya.
(6)
Penjaga anak itu ialah……………………..……………...
ras………………..agama
(jika ada)………………..……....
dilahirkan di…………………………………………………sekarang bermastautin di………………….……………………………………
yang persetujuan bertulisnya terhadap pengangkatan itu dilampirkan bersama.
(7)
Saya………………………………………………….bekerja sebagai
………………………….dan biasanya bermastautin di Semenanjung
Malaysia.
(8)
Saya/Kami bukan berumur di bawah 25
tahun, yang berumur……….tahun, dan tidak kurang daripada 18 tahun lebih tua daripada anak itu dan adalah seorang yang layak dan sesuai untuk menanggung dan membesarkan anak itu dengan sesuai.
(9)
Saya/Kami bukan berumur di bawah 21 tahun, yang berumur
……………tahun, dan bersaudara dengan anak itu, sebagai……………………………………………………………
[Potong yang mana tidak dipakai]
(10)
Saya / Kami tidak bersetuju untuk membuat apa-apa pembayaran kepada ibu bapa/penjaga anak ini.
Pendaftaran Pengangkatan 15
Saya / Kami telah bersetuju untuk memberi saraan kepada ibu bapa / penjaga sebagaimana di bawah…………………………..
Saya / Kami tidak menerima atau bersetuju untuk menerima apa-apa pembayaran atau hadiah lain sebagai balasan terhadap pengangkatan anak ini kecuali
………………………………………………………..
Saya/Kami pernah/tidak pernah membuat permohonan sebelum ini di bawah Akta tersebut berkenaan dengan anak itu kepada mana-mana
Pendaftar.
Saya/Kami masing-masing mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya bahawa butir-butir yang terkandung dalam permohonan ini adalah benar dan saya/kami masing-masing membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13].
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu……………………………………….
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
……………………………...
di…………………………………………. Tandatangan Pemohon dalam Negeri……………….…………….
………………………….pada……………
…………………………………………….
haribulan…………………………………..
20……………………..
Di hadapan saya,
Diterangkan oleh saya dan
……………………………
ditandatangani di hadapan saya,
Pendaftar Pengangkatan
Penterjemah
CATATAN−
Masukkan nama atau nama-nama dengan mana anak itu akan dikenali.
Potong jika tidak ada penukaran nama. Jika ada penukaran nama masukkan nama terdahulu, termasuk nama keluarga.
Jika permohonan dibuat oleh pasangan suami isteri bersesama, borang hendaklah diubahsuaikan, dan jika borang menghendaki butir-butir pemohon
(ii)
(iii)
(i)
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 253
diberikan, butir-butir hendaklah diberi mengenai setiap orang yang membuat permohonan.
Masukkan nama atau nama-nama dengan mana anak itu akan dikenali.
Jika ibu atau bapa anak itu telah mati nama ibu atau bapa itu hendaklah diberi dan fakta itu dinyatakan.
Jika persetujuan bertulis tidak dilampirkan borang hendaklah diubahsuaikan bagi menunjukkan bahawa pemohon berhasrat supaya
Pendaftar mengecualikan persetujuan orang atau badan yang berkenaan.
Salinan yang diperakui catatan terhadap kelahiran anak dalam Daftar
Kelahiran dikehendaki dilampirkan kepada permohonan dalam semua hal jika ia boleh diperoleh, atau jika tiada, suatu afidavit yang mengesahkan umur dan tempat lahir anak itu.
Borang ini dikehendaki dilengkapkan dalam pendua tetapi dokumen yang dilampirkan tidak dikehendaki dalam pendua.
Apa-apa hadiah yang dibuat atau diterima oleh pemohon, ibu atau bapa atau penjaga mana-mana pihak lain yang mempunyai kepentingan dikehendaki dimasukkan di sini.
Jika sebelum ini permohonan telah dibuat, butir-butir penuh mengenainya hendaklah diberi.
________________________________
Jadual
JADUAL KEDUA
[Seksyen 5]
BENTUK CATATAN DALAM DAFTAR PENDAFTARAN
PENGANGKATAN
No. catatan
Tarikh dan tempat dan negeri anak itu lahir
Nama angkat dan nama keluarga anak
Jantina anak
Nama dan nama keluarga, alamat penuh dan pekerjaan pengangkat
Tarikh dan tempat pendaftaran pengangkatan dan nama
Pendaftar
Tandatangan
Pendaftar
___________________________
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
17
Akta 253
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari
Ord. 47/1957 Ordinan Pendaftaran Pengangkatan 27-08-1957
(Pindaan) 1957
Ord. 10/1958 Ordinan Pendaftaran Pengangkatan 01-06-1958
(Pindaan) 1958
L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan dan Proklamasi) 1958
Akta 91 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-09-1964
Akta A354
Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 27-08-1976
P.U.(A) 133/1982 Perintah Penyemakan Undang-Undang 17-09-1981
(Akta Pendaftaran Pengambilan Anak
Angkat 1952) 1982.
_______________
18
Akta 253
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-
___________________
Common questions
- What is REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952?
- *AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 253 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
- Is REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 still in force?
- Yes — REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 is currently in force.
- When did REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 take effect?
- REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 was first recorded in 1952.
- How many sections does REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 have?
- REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 contains 16 sections.
- Where can I read the official version of REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952?
- The official text of REGISTRATION OF ADOPTIONS ACT 1952 is published at lom.agc.gov.my.