Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952

Seksyen 11

Tiada apa-apa pendaftaran atau ketinggalan untuk mendaftar sesuatu pengangkatan akan menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan; dan dengan syarat bahawa anak angkat, orang yang mengangkatnya dan pihak-pihak yang mempersetujuinya dapat dikenali dengan ketentuan yang munasabah melalui butir-butir yang direkodkan di dalam buku nota Pendaftar, tiada kesilapan dalam butir-butir yang direkod di dalam Daftar dan tiada apa-apa ketinggalan untuk merekod apa-apa butir yang seharusnya direkod akan menyentuh keesahan pendaftaran pengangkatan itu.