Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Carian dan salinan yang diperakui mengenai catatan dalam daftar pengangkatan
(2)
Tiap-tiap salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar pengangkatan, jika salinan tersebut berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang yang diamanahkan di bawah Akta ini dengan penjagaan sesuatu daftar pengangkatan, hendaklah diterima bagi segala maksud dan dalam semua mahkamah sebagai keterangan terhadap pengangkatan yang mana ia berkaitan, dan, jika catatan itu mengandungi rekod terhadap tarikh lahir anak angkat itu, hendaklah diterima bukan hanya sebagai keterangan terhadap pengangkatan tetapi juga sebagai keterangan terhadap tarikh lahir anak angkat itu, tanpa pembuktian selanjutnya terhadap daftar tersebut atau terhadap sesuatu catatan di dalamnya atau terhadap tandatangan tersebut, tetapi tidak bagi keesahan pengangkatan tersebut; tetapi mahkamah boleh, dengan ketiadaan apa-apa keterangan yang sebaliknya, menganggap sesuatu pengangkatan yang didaftarkan sedemikian sebagai sah dan beban membukti bahawa tidak ada pengangkatan yang sah hendaklah terletak ke atas orang yang menyatakan sedemikian.
Pindaan bagi daftar