Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Seseorang yang memalsukan sesuatu catatan dalam mana-mana daftar yang disimpan atau sesuatu salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalamnya yang diberi di bawah Akta ini atau yang dengan secara fraud atau curang menggunakan sebagai tulen sesuatu salinan yang diperakui yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah palsu, apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di dalam seksyen 466 Kanun
Keseksaan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen itu atau di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan mengikut mana-mana yang berkenaan.