Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Orang atau badan yang berikut boleh dijadikan responden, iaitu, anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat, penjaga ad litem anak itu, tiap-tiap orang yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau yang bertanggungan memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, dan, jika pemohon itu mempunyai seorang suami atau isteri yang bukannya seorang pemohon, suami atau isteri pemohon itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang persetujuannya telah diketepikan mengikut seksyen 5 boleh dijadikan seorang responden.
(3)
Sebaik sahaja penjaga ad litem dilantik, Mahkamah hendaklah menetapkan suatu masa bagi pendengaran permohonan itu, dan hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam borang yang ditetapkan yang dialamatkan kepada responden itu dan hendaklah menyebabkan notis itu disampaikan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka:
Dengan syarat bahawa jika anak itu berada dalam jagaan sebenar mana-mana orang, notis itu tidak perlu disampaikan kepada anak itu, tetapi boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan anak itu kepada Mahkamah.
(4)
Apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah disampaikan kepada mana-mana responden yang kepadanya notis itu dialamatkan, sama ada dengan menyerahkan suatu salinan kepadanya sendiri, atau, dengan kebenaran Mahkamah, dengan menghantar suatu salinan melalui pos berdaftar tempat tinggalnya yang akhir diketahui atau tempat tinggal biasanya, sama ada tempat tinggal itu dalam Malaysia atau di tempat lain.
Pengangkatan 17
Kewajipan penjaga ad litem