/akn/my/act/act/1952/257
*AKTA PENGANGKATAN 1952
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1952
- Sections
- 36
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PENGANGKATAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 257 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pengangkatan anak. [25 Jun 1953, P.U. 319/1953] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya seseorang di bawah umur dua puluh satu tahun yang belum berkahwin dan termasuklah seseorang perempuan di bawah umur itu yang telah diceraikan;
“anak angkat” ertinya seseorang anak yang telah dibenarkan oleh
Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula;
“bapa” berhubung dengan seorang anak tidak sah taraf ertinya bapa sebenar;
“Daftar Anak Angkat” ertinya Daftar Anak Angkat yang diwujudkan di bawah subseksyen 25(1) dan termasuklah daftar yang berkaitan yang disimpan dan disenggarakan dalam komputer, pada mikrofilem atau dalam apa-apa bentuk peranti elektronik dan yang boleh diperoleh semula yang lain;
6
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
“Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat, Malaysia;
“Mahkamah” ertinya mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah pengangkatan di bawah Akta ini;
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“pemohon” ertinya seseorang yang bercadang hendak mengangkat, atau yang telah mengangkat seorang anak, sama ada menurut suatu perintah pengangkatan atau selainnya, dan, dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, termasuklah salah seorang daripada mereka;
“Pendaftar Besar” ertinya orang yang dilantik menjadi Pendaftar
Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia, mengikut subseksyen 3(1)
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299];
“pengangkat” ertinya seseorang yang dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan untuk mengangkat seorang anak;
“penjaga” berhubung dengan seorang anak, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang selain ibu bapa sebenarnya, yang berhak menjaga anak itu;
“saudara” ertinya adik-beradik lelaki atau perempuan, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, dan dalam hal anak tidak sah taraf, seseorang yang mempunyai pertalian sedemikian jika anak itu sah taraf dan bapanya;
“Sijil Kelahiran” ertinya suatu Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
“suami atau isteri” ertinya berhubung dengan seorang perempuan suaminya, berhubung dengan seorang lelaki berbangsa Cina isteri utamanya, dan berhubung dengan mana-mana lelaki lain isterinya.
Pengangkatan 7
Seksyen 3
Kuasa untuk membuat perintah pengangkatan
(2)
Jika suatu permohonan bagi perintah pengangkatan dibuat oleh pasangan suami isteri bersesama, Mahkamah boleh membuat perintah yang membenarkan pasangan suami isteri itu bersesama mengangkat anak itu, tetapi kecuali sebagaimana yang diperuntukkan, tiada perintah pengangkatan boleh dibuat yang membenarkan lebih daripada satu orang untuk mengangkat seorang anak.
(3)
Sesuatu perintah pengangkatan boleh dibuat yang membenarkan pengangkatan seorang anak oleh ibu atau bapa anak itu, sama ada berseorangan atau bersesama dengan suaminya atau isterinya.
Sekatan ke atas pembuatan perintah pengangkatan
Seksyen 4
(a)
telah mencapai umur dua puluh lima tahun dan adalah sekurang-kurangnya dua puluh satu tahun lebih tua daripada anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas bagi membuat suatu perintah;
(2)
Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat dalam mana-mana hal jika pemohon tunggalnya ialah seorang lelaki dan anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat ialah seorang perempuan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas yang mewajarkan pembuatan perintah itu sebagai suatu langkah luar biasa.
(3)
Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat bagi faedah mana-mana pemohon yang biasanya tidak bermastautin di
Semenanjung Malaysia atau berkenaan dengan mana-mana anak yang tidak bermastautin sedemikian.
(4)
Sesuatu perintah pengangkatan tidak boleh dibuat berkenaan dengan mana-mana anak melainkan—
(a)
anak itu telah berada berterusan dalam jagaan dan milikan pemohon itu selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut sebaik sebelum tarikh perintah itu; dan
(b)
pemohon itu telah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh perintah itu melalui suatu pemberitahuan bertulis memberitahu seorang pegawai
Jabatan
Kebajikan
Masyarakat Negeri yang dia pada masa itu bermastautin mengenai niatnya untuk memohon bagi mendapatkan suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan anak itu.
Persetujuan terhadap pengangkatan
Seksyen 5
(a)
dalam hal ibu atau bapa atau penjaga anak itu, bahawa dia telah meninggalkan, mengabaikan atau sentiasa menganiayai anak itu;
(b)
dalam hal seorang yang bertanggungan untuk memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, bahawa dia sentiasa mengabaikan atau enggan memberi sumbangan sedemikian;
(c)
dalam mana-mana hal, bahawa orang yang persetujuannya dikehendaki tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuannya atau bahawa persetujuannya telah diberikan dengan tidak munasabah;
atau
(d)
dalam mana-mana hal, bahawa mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan anak yang sedang berkuat kuasa dalam mana-mana negara mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa telah memberi kebenaran atau memberikan suatu lesen yang membenarkan supaya jagaan dan milikan anak itu dipindahkan kepada pemohon.
(2)
Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan suami atau isteri seseorang pemohon bagi suatu perintah pengangkatan jika berpuas hati bahawa orang yang persetujuannya hendak diketepikan itu tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuan itu atau bahawa pasangan suami isteri itu telah berpisah dan tinggal berasingan dan bahawa perpisahan itu berkemungkinan kekal.
(3)
Persetujuan mana-mana orang terhadap pembuatan sesuatu perintah pengangkatan menurut suatu permohonan (yang bukannya persetujuan anak itu) boleh diberikan (sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat berkenaan dengan agama yang anak itu akan dibesarkan) tanpa mengetahui identiti pemohon bagi perintah itu; dan jika persetujuan yang diberikan oleh mana-mana orang kemudiannya ditarik balik semata-mata atas alasan bahawa identiti pemohon itu tidak diketahui persetujuan itu hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai telah diberikan dengan tidak sepatutnya.
10
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
(4)
Semasa sesuatu permohonan bagi pengangkatan belum selesai di mana-mana Mahkamah, mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu yang telah menyatakan persetujuannya kepada pembuatan suatu perintah pengangkatan menurut permohonan itu tidak boleh kecuali dengan kebenaran Mahkamah mengambil anak itu daripada jagaan dan milikan pemohon; dan dalam menimbang sama ada hendak memberi atau menolak kebenaran itu Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kebajikan anak itu.
Perkara yang berkenaan dengan Mahkamah hendaklah berpuas hati
Seksyen 6
Pengangkatan 9
(a)
bahawa tiap-tiap orang yang persetujuannya diperlukan di bawah Akta ini, dan yang persetujuannya tidak diketepikan, telah bersetuju dengan dan memahami sifat dan kesan perintah pengangkatan itu yang baginya permohonan dibuat, dan khususnya dalam hal mana-mana ibu atau bapa memahami bahawa kesan perintah pengangkatan itu akan melucutkan haknya sebagai ibu atau bapa untuk selama-lamanya;
(b)
bahawa perintah itu jika dibuat adalah untuk kebajikan anak itu, pertimbangan wajar bagi maksud ini diberikan kepada kehendak anak itu, setelah mengambil kira umur dan pemahaman anak itu;
(c)
bahawa pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga tidak menerima atau bersetuju untuk menerima, dan bahawa tiada seorang pun telah membuat atau memberi, atau bersetuju untuk membuat atau memberi kepada pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga itu apa-apa bayaran atau hadiah lain sebagai balasan bagi pengangkatan itu kecuali sebagaimana yang disanksikan oleh Mahkamah; dan
(d)
bahawa telah ada suatu perubahan substansial dalam hal keadaan, jika didapati bahawa pemohon itu telah membuat
Pengangkatan 11
suatu permohonan terdahulu di bawah Akta ini berkenaan dengan anak yang sama.
Terma dan syarat perintah
Seksyen 7
Mahkamah semasa membuat sesuatu perintah pengangkatan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan secara khususnya boleh menghendaki pengangkat itu melalui bon atau selainnya membuat bagi anak angkat itu apa-apa peruntukan, jika ada, yang pada pendapat Mahkamah adalah adil dan suai manfaat.
Seksyen 8
Peruntukan mengenai pengangkatan de facto sedia ada
Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini mana-mana anak berada dalam jagaan, dan dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran oleh mana-mana orang atau oleh pasangan suami isteri bersesama sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah mana-mana pengangkatan de facto, dan telah bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebelum permulaan kuat kuasa itu berada dalam jagaan itu, dan telah dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran sedemikian,
Mahkamah boleh, atas permohonan orang atau pasangan suami isteri itu dan walaupun pemohon itu seorang lelaki dan anak itu seorang perempuan, membuat suatu perintah pengangkatan yang membenarkannya atau mereka untuk mengangkat anak itu tanpa menghendaki persetujuan mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu diperoleh, setelah berpuas hati bahawa dalam segala hal keadaan kes itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu bahawa tiada persetujuan sedemikian patut dikehendaki dan bahawa suatu perintah pengangkatan patut dibuat.
Seksyen 9
Kesan perintah pengangkatan
(2)
Jika, pada bila-bila masa selepas suatu perintah pengangkatan dibuat, pengangkat atau anak angkat itu atau mana-mana orang lain mati tidak berwasiat berkenaan dengan apa-apa harta alih atau tak alih, harta itu hendaklah turun dalam segala hal seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang lahir semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
(3)
Dalam apa-apa pemindahan harta alih atau tak alih yang dibuat, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat
(termasuk kodisil), selepas tarikh suatu perintah pengangkatan—
(a)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak pengangkat itu hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai, atau sebagai termasuk, suatu sebutan mengenai anak angkat itu;
(b)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak ibu bapa sebenar anak angkat itu atau salah seorang daripada mereka hendaklah, melainkan jika
Pengangkatan 13
terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai tidak menjadi, atau tidak termasuk, sebutan mengenai anak angkat itu; dan
(c)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai seseorang yang mempunyai pertalian dengan anak angkat itu mengikut apa-apa darjat hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang sepatutnya mempunyai pertalian mengikut darjat itu jika dia anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
(4)
Jika seseorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seseorang anak angkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat (termasuk kodisil), atau di bawah mana-mana kematian tidak berwasiat, atau jika seseorang pengangkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini oleh seorang anak angkat atau oleh suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, atau di bawah kematian tidak berwasiat seorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, apa-apa harta pusaka atau duti lain yang boleh dilevi berkenaan dengannya hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah.
(5)
Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pemegang amanah atau wakil diri boleh memindahhakkan atau membahagikan apa-apa harta alih atau tak alih kepada atau di kalangan orang yang berhak kepadanya tanpa terlebih dahulu menentukan bahawa tiada perintah pengangkatan telah dibuat yang di bawahnya mana-mana orang adalah atau mungkin berhak mendapat apa-apa kepentingan mengenainya, dan tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang yang mereka tidak maklum tentang tuntutan mereka pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang itu untuk mengikuti harta itu, atau apa-apa harta yang merupainya, ke dalam
14
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
tangan mana-mana orang, selain seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya.
(6)
Jika sesuatu perintah pengangkatan dibuat berkenaan dengan seseorang yang pernah diangkat dahulunya, pengangkatan yang dahulu itu hendaklah tidak diambil kira bagi maksud seksyen ini berhubung dengan penurunan apa-apa harta atas kematian seseorang yang mati tidak berwasiat selepas tarikh perintah pengangkatan yang kemudiannya dan berhubung dengan apa-apa pemindahan harta yang dibuat selepas tarikh itu.
(7)
Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkahwinan yang sedang berkuat kuasa di
Malaysia atau mana-mana bahagiannya, seseorang pengangkat dan anak yang dia telah dibenarkan mengangkat di bawah suatu perintah pengangkatan dan semua anak dan anak angkat pengangkat itu hendaklah disifatkan sebagai berada dalam hubungan sedarah yang dilarang; dan subseksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun seseorang selain pengangkat itu telah dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan kemudiannya untuk mengangkat anak yang sama.
(8)
Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang berhubungan dengan pampasan kepada keluarga kerana kerugian yang disebabkan oleh kematian seseorang akibat daripada perbuatan salah, seseorang hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa atau anak orang yang mati itu walaupun dia hanya mempunyai pertalian dengannya akibat daripada pengangkatan; dan dengan itu dalam menentukan apa-apa perhubungan yang di bawah perundangan itu adalah termasuk dalam pengertian ungkapan “ibu atau bapa” dan
“anak” seseorang anak angkat hendaklah dikira sebagai anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
Bidang kuasa
Seksyen 10
(2)
Semua prosiding Mahkamah hendaklah diadakan secara tertutup dan semua dokumen yang difailkan dalam Mahkamah adalah sulit dan hendaklah disimpan sedemikian oleh Pendaftar.
(3)
Jika Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa mengikut hal keadaan kes itu apa-apa permohonan patut diuruskan oleh
Mahkamah Tinggi, dia boleh enggan membuat suatu perintah dan hendaklah memindahkan permohonan itu ke Mahkamah Tinggi.
(4)
Hakim Mahkamah Sesyen boleh jika difikirkannya patut mengemukakan apa-apa persoalan undang-undang, amalan atau tatacara berkaitan dengan apa-apa permohonan untuk diputuskan oleh
Hakim Mahkamah Tinggi dan jika dia berbuat demikian dia hendaklah memutuskan persoalan itu menurut keputusan itu.
(5)
Suatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Persekutuan daripada apa-apa keputusan seorang Hakim di bawah seksyen ini.
Tatacara
Seksyen 11
(2)
Apa-apa persetujuan bertulis yang dikehendaki supaya dilampirkan pada permohonan itu hendaklah dalam borang yang ditetapkan tetapi tidak perlu dengan pendua.
(3)
Kecuali dalam hal jika pemohon telah membuat suatu permohonan terdahulu kepada
Mahkamah, atau
Mahkamah menghendaki kehadiran pemohon itu, adalah tidak perlu bagi pemohon itu hadir sendiri bagi maksud menyerah simpan permohonan dan dokumen itu.
16
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
Pelantikan penjaga ad litem: orang yang akan menjadi responden dan penyampaian
Seksyen 12
(2)
Orang atau badan yang berikut boleh dijadikan responden, iaitu, anak yang berkenaan dengan permohonan itu dibuat, penjaga ad litem anak itu, tiap-tiap orang yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau yang bertanggungan memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, dan, jika pemohon itu mempunyai seorang suami atau isteri yang bukannya seorang pemohon, suami atau isteri pemohon itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang persetujuannya telah diketepikan mengikut seksyen 5 boleh dijadikan seorang responden.
(3)
Sebaik sahaja penjaga ad litem dilantik, Mahkamah hendaklah menetapkan suatu masa bagi pendengaran permohonan itu, dan hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam borang yang ditetapkan yang dialamatkan kepada responden itu dan hendaklah menyebabkan notis itu disampaikan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka:
Dengan syarat bahawa jika anak itu berada dalam jagaan sebenar mana-mana orang, notis itu tidak perlu disampaikan kepada anak itu, tetapi boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan anak itu kepada Mahkamah.
(4)
Apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah disampaikan kepada mana-mana responden yang kepadanya notis itu dialamatkan, sama ada dengan menyerahkan suatu salinan kepadanya sendiri, atau, dengan kebenaran Mahkamah, dengan menghantar suatu salinan melalui pos berdaftar tempat tinggalnya yang akhir diketahui atau tempat tinggal biasanya, sama ada tempat tinggal itu dalam Malaysia atau di tempat lain.
Pengangkatan 17
Kewajipan penjaga ad litem
Seksyen 13
(a)
sama ada pernyataan dalam borang permohonan yang dikehendaki oleh subseksyen 11(1) adalah benar dan lengkap, khususnya mengenai tarikh lahir dan identiti anak itu;
(b)
sama ada apa-apa bayaran atau hadiah lain sebagai balasan bagi pengangkatan itu telah diterima atau dipersetujui, dan sama ada ia konsisten dengan kebajikan anak itu;
(c)
sama ada keadaan kemampuan dan status pemohon itu membolehkannya menanggung dan membesarkan anak itu dengan sesuai, dan apakah hak atau kepentingan mengenai harta yang ada pada anak itu;
(e)
sama ada wajar bagi kebajikan anak itu hingga Mahkamah perlu diminta membuat suatu perintah interim atau, dalam membuat suatu perintah pengangkatan, untuk mengenakan apa-apa terma atau syarat tertentu atau untuk menghendaki pengangkat itu membuat apa-apa peruntukan khusus bagi anak itu.
(2)
Penjaga ad litem hendaklah menganggap segala maklumat yang didapatinya semasa menjalankan penyiasatannya sebagai sulit, dan tidak boleh menzahirkan mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang lain kecuali setakat yang perlu bagi melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya.
18
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
Kehadiran pihak di hadapan Mahkamah: kuasa untuk mengetepikan
Seksyen 14
(2)
Mahkamah boleh—
(a)
dalam hal anak itu, jika berpuas hati dengan laporan daripada penjaga ad litem bahawa hal keadaan khas wujud yang menyebabkannya tidak suai manfaat atau tidak perlu supaya anak itu hadir sendiri di hadapan Mahkamah;
(b)
dalam hal mana-mana responden lain, jika berpuas hati bahawa responden itu tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya memberi persetujuan; atau
(c)
bagi apa-apa sebab lain yang disifatkan oleh Mahkamah mencukupi, mengetepikan kehadiran mana-mana responden.
(3)
Dalam mana-mana hal jika Mahkamah mengetepikan seseorang responden hadir sendiri, persetujuan bertulis responden itu, yang ditentusahkan dengan suatu akuan yang berupa sebagai dibuat di hadapan dan ditandatangan oleh seorang Majistret atau
Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai persetujuan itu.
(4)
Dalam hal permohonan bersama bagi suatu perintah pengangkatan atau suatu perintah interim Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengetepikan salah seorang daripada pasangan suami isteri itu daripada hadir sendiri jika permohonannya ditentusahkan dengan akuan yang berupa sebagai dibuat di hadapan dan ditandatangani oleh seorang Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
Pengangkatan 19
Kuasa untuk memeriksa pihak secara berasingan
Seksyen 15
Tertakluk kepada Akta ini, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pemohon atau mana-mana responden hendaklah hadir dan didengar dan diperiksa secara berasingan dan terpisah daripada pihak lain dalam permohonan itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan sedemikian boleh diberikan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa pemberian arahan itu adalah wajar demi kepentingan anak itu.
Seksyen 16
Notis mengenai pendengaran yang ditangguhkan
Atas apa-apa penangguhan pendengaran Mahkamah hendaklah mengeluarkan dan menyebabkan supaya disampaikan kepada mana-mana responden yang tidak hadir dan yang kehadirannya tidak diketepikan suatu notis mengenai masa dan tempat yang pendengaran itu ditangguhkan.
Seksyen 17
Kuasa untuk membuat perintah interim
(2)
Sesuatu perintah interim boleh termasuk apa-apa terma berkaitan dengan penjalanan pengawasan oleh penjaga ad litem itu atau selainnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan hendaklah disampaikan kepada penjaga ad litem dan kepada
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, melainkan jika dia atau mana-mana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dilantik sebagai penjaga ad litem.
20
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
(3)
Segala persetujuan sebagaimana yang dikehendaki bagi suatu perintah pengangkatan adalah perlu bagi mana-mana perintah interim, tetapi tertakluk kepada kuasa yang sama pada pihak
Mahkamah untuk mengetepikan apa-apa persetujuan itu.
(4)
Dalam menilai tempoh percubaan yang hendak diberikan sebagaimana dalam subseksyen (1), Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan yang wajar kepada apa-apa tempoh yang anak itu mungkin telah berada dalam jagaan pemohon akibat suatu pengangkatan de facto atau selainnya.
(5)
Semasa tempoh percubaan itu penjaga ad litem mana-mana anak yang berkenaan dengan suatu perintah interim telah dibuat boleh pada bila-bila masa memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah untuk memindahkan seseorang anak dari persekitaran yang memudaratkan.
(6)
Sesuatu perintah interim tidak boleh dibuat dalam apa-apa hal jika pembuatan perintah pengangkatan itu adalah tidak sah di bawah
Akta ini.
Perintah pengangkatan berkenaan dengan anak yang telah diangkat dahulunya
Seksyen 18
(2)
Berhubung dengan suatu permohonan bagi suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan seorang anak yang telah diangkat dahulunya, pengangkat di bawah perintah pengangkatan yang dahulu atau dahulu yang terakhir hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa anak itu bagi segala maksud Akta ini.
Tatacara bagi memutuskan permohonan
Seksyen 19
Jika pemutusan sesuatu permohonan telah ditangguhkan dan suatu perintah interim telah dibuat, pemohon hendaklah sekurang-kurangnya dalam masa dua bulan sebelum tamatnya tempoh perintah
Pengangkatan 21
interim itu, memohon kepada Mahkamah supaya meneruskan pemutusan permohonan itu, dan Mahkamah hendaklah menetapkan masa bagi pendengaran lanjut permohonan itu dan hendaklah mengeluarkan suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan yang dialamatkan kepada responden dan hendaklah menyebabkan notis itu disampaikan kepada mereka:
Dengan syarat bahawa jika anak itu berada dalam jagaan sebenar pemohon, notis itu tidak perlu disampaikan kepada anak itu.
Seksyen 20
Kuasa untuk memindahkan anak daripada persekitaran yang tidak memuaskan
Jika Mahkamah enggan memberikan sama ada suatu perintah interim atau suatu perintah pengangkatan atas alasan bahawa rumah yang akan didiami oleh anak angkat itu tidak sesuai, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adalah demi kepentingan anak itu untuk berbuat demikian, membuat suatu perintah segera yang menyerahkan anak itu kepada jagaan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Seksyen 21
Kos
Apabila membuat suatu perintah interim atau apabila menentukan permohonan itu, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya adil, dan khususnya boleh memerintahkan pemohon supaya membayar belanja hangus yang dilakukan oleh penjaga ad litem itu atau yang dilakukan semasa menghadiri Mahkamah oleh mana-mana responden lain, atau apa-apa bahagian perintah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Mahkamah.
Seksyen 22
Rayuan
Suatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Persekutuan atau kepada Mahkamah Tinggi daripada apa-apa keengganan Mahkamah
Tinggi atau Mahkamah Sesyen, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk membuat suatu perintah interim atau perintah pengangkatan.
22
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
Seksyen 23
Penyediaan perintah interim dan pengangkatan
(2)
Tiada salinan mana-mana perintah itu boleh diberikan atau disampaikan kepada mana-mana orang selain pemohon, Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Pendaftar Besar kecuali dengan arahan Mahkamah.
Penghantaran perintah kepada Pendaftar Besar
Seksyen 24
(2)
Salinan yang diperakui perintah itu, jika dihantar melalui pos, hendaklah dihantar melalui pos berdaftar.
Daftar Anak Angkat
Seksyen 25
(2)
Tiap-tiap perintah pengangkatan hendaklah mengandungi arahan kepada Pendaftar Besar—
(a)
untuk membuat dalam Daftar Anak Angkat suatu catatan yang merekodkan pengangkatan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah menyatakan butir-butir yang hendak dimasukkan di bawah tajuk dalam ruang 2 hingga 6 Jadual itu; dan
Pengangkatan 23
(b)
untuk mengeluarkan berkenaan dengan anak angkat itu suatu Sijil Kelahiran di bawah Akta ini.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(a)—
(a)
jika tarikh tepat mengenai kelahiran anak itu tidak dibuktikan hingga memuaskan hati
Mahkamah,
Mahkamah hendaklah memutuskan tarikh yang mungkin mengenai kelahirannya dan tarikh yang diputuskan sedemikian hendaklah dinyatakan dalam perintah itu sebagai tarikh lahirnya;
(b)
jika nama atau nama keluarga yang hendak diberikan pada anak itu selepas pengangkatan itu berlainan daripada nama atau nama keluarga asalnya, nama atau nama keluarga baru itu hendaklah dinyatakan dalam perintah itu dan bukannya nama yang asal; dan
(c)
jika negara tempat lahir anak itu tidak dibuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah, butir-butir mengenai negara itu boleh, walau apa pun subseksyen 25(2), ditinggalkan daripada dimasukkan dalam perintah itu dan daripada catatan dalam Daftar Anak Angkat.
(4)
Jika atas apa-apa permohonan bagi suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan seseorang anak (yang bukannya seorang anak yang dahulunya menjadi subjek suatu perintah pengangkatan) telah dibuktikan hingga Mahkamah berpuas hati tentang identiti anak itu dengan anak yang dimaksudkan oleh catatan dalam Daftar Kelahiran itu, apa-apa perintah pengangkatan yang dibuat menurut permohonan itu hendaklah mengandungi suatu arahan kepada Pendaftar Besar untuk menyebabkan catatan dalam Daftar
Kelahiran itu ditandakan dengan perkataan “diangkat”.
(5)
Jika suatu perintah pengangkatan dibuat berkenaan dengan seorang anak yang dahulunya menjadi subjek suatu perintah pengangkatan, perintah itu hendaklah mengandungi suatu arahan kepada Pendaftar Besar untuk menyebabkan catatan terdahulu dalam
Daftar Anak Angkat itu ditandakan dengan perkataan “diangkat semula”.
24
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
(6)
Jika sesuatu perintah pengangkatan dibatalkan, atau rayuan terhadap suatu perintah pengangkatan dibenarkan, Mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberikan arahan kepada
Pendaftar Besar supaya membatalkan apa-apa penandaan catatan dalam Daftar Kelahiran dan apa-apa catatan dalam Daftar Anak
Angkat yang telah dilaksanakan menurut perintah itu.
(8)
Suatu salinan mengenai apa-apa catatan dalam Daftar
Kelahiran atau Daftar Anak Angkat yang penandaannya dibatalkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai salinan yang tepat jika, dan hanya jika, kedua-dua penandaan dan pembatalan itu tidak dimasukkan ke dalamnya.
(9)
Mahkamah yang membuat suatu perintah pengangkatan boleh, atas permohonan pengangkat atau orang yang diangkat itu, meminda perintah itu melalui pembetulan apa-apa kesilapan pada butir-butir yang terkandung dalamnya; dan jika suatu perintah pengangkatan dipinda sedemikian Pendaftar Mahkamah hendaklah menyebabkan pindaan itu dimaklumkan kepada Pendaftar Besar dan apa-apa pembetulan yang perlu mengenai, atau tambahan kepada,
Daftar Anak Angkat itu hendaklah dibuat dengan sewajarnya.
(12)
Pendaftar Besar hendaklah, sebagai tambahan kepada Daftar
Anak Angkat, menyimpan daftar, indeks dan buku lain dan membuat apa-apa catatan sebagaimana yang perlu untuk merekodkan dan membolehkan dikesan kaitan antara apa-apa catatan dalam Daftar
Kelahiran yang telah ditanda “Diangkat” menurut Akta ini dengan apa-apa catatan yang bersamaan dalam Daftar Anak Angkat, tetapi daftar, indeks dan buku itu tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau carian awam, mahupun, kecuali di bawah suatu perintah
Mahkamah, Pendaftar Besar tersebut tidak boleh memberikan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang terkandung dalamnya atau dengan apa-apa salinan atau cabutan daripada mana-mana daftar, indeks atau buku itu.
Pengangkatan 25
(13)
Pendaftar Mahkamah hendaklah menyebabkan tiap-tiap perintah pengangkatan dimaklumkan mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar Besar dan setelah menerima makluman itu
Pendaftar Besar hendaklah menyebabkan pematuhan dibuat kepada arahan yang terkandung dalam perintah itu kedua-duanya berhubung dengan penandaan apa-apa catatan dalam Daftar Kelahiran dengan perkataan “diangkat” atau “diangkat semula” dan berhubung dengan pembuatan catatan yang sesuai dalam Daftar Anak Angkat.
Sijil Kelahiran
Seksyen 25A
(a)
kepada Pendaftar Besar bahawa perkataan “diangkat”,
“pengangkat” atau “angkat” atau apa-apa perkataan yang mempunyai kesan yang sama tidak boleh terdapat dalam
Sijil itu; dan
(b)
kepada ibu atau bapa, atau ibu bapa sebenar atau angkat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyerahkan kepada Pendaftar Besar Sijil Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.
(2)
Setelah menerima suatu perintah pengangkatan, Pendaftar
Besar hendaklah, tertakluk kepada pematuhan wajar perenggan (1)(b)
dan pembayaran oleh pengangkat fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu Sijil Kelahiran berkenaan dengan anak itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Jika suatu salinan yang diperakui suatu catatan dalam Daftar
Anak Angkat telah dikeluarkan berkenaan dengan anak yang diangkat di bawah Akta ini, Pendaftar Besar hendaklah mengeluarkan suatu Sijil Kelahiran berkenaan dengan anak itu—
(a)
setelah permohonan dibuat oleh ibu atau bapa angkat atau salah seorang daripada ibu bapa angkat, atau sekiranya ibu
26
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
atau bapa angkat itu atau kedua-dua ibu bapa angkat meninggal dunia, oleh anak angkat, bagi mendapatkan suatu Sijil Kelahiran; dan
(4)
Setelah menerima Sijil Kelahiran di bawah subseksyen (3), ibu atau bapa angkat atau salah seorang daripada ibu bapa angkat, atau sekiranya ibu atau bapa angkat atau kedua-dua ibu bapa angkat yang meninggal dunia, anak angkat itu, hendaklah menyebabkan salinan yang diperakui catatan dalam Daftar Anak Angkat dikeluarkan berkenaan dengan anak angkat itu diserahkan kepada
Pendaftar Besar untuk pembatalan.
(5)
Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini menurut kepada perintah pengangkatan hendaklah menggantikan Sijil
Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957, dan hendaklah bagi segala maksud dikenali sebagai Sijil Kelahiran anak itu.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis, Sijil Kelahiran di bawah Akta ini, jika diberikan di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, hendaklah diterima tanpa bukti selanjutnya atau lain sebagai keterangan bagi fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran anak itu yang berkenaan dengan
Sijil Kelahiran itu dikeluarkan.
(7)
Sekiranya Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini hilang, rosak atau cacat, ibu atau bapa angkat, atau dalam hal ibu atau bapa angkat yang meninggal dunia, anak angkat itu, boleh memohon kepada Pendaftar Besar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk mendapatkan salinan Sijil Kelahiran yang, apabila dikeluarkan, hendaklah ditandakan dengan perkataan “Penggantian”.
(8)
Pendaftar Besar hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu daftar yang dipanggil Daftar Sijil Kelahiran yang dalamnya hendaklah dibuat apa-apa catatan berkaitan dengan pengeluaran Sijil
Kelahiran di bawah Akta ini berkenaan dengan anak angkat.
Pengangkatan 27
(9)
Mana-mana orang boleh memohon dalam borang yang ditetapkan untuk membuat carian dalam Daftar Sijil Kelahiran setelah dibayar fi yang ditetapkan dan untuk mendapatkan keputusan carian itu diperaku dalam borang yang ditetapkan.
Sekatan ke atas iklan
Seksyen 26
(a)
ibu atau bapa atau penjaga seorang anak berhasrat untuk menyebabkan anak itu diangkat;
(c)
mana-mana orang atau badan, selain Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat, sanggup membuat perkiraan bagi pengangkatan seorang anak.
(2)
Mana-mana orang yang menyebabkan disiarkan, atau dengan sengaja menyiarkan, suatu iklan yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh enam bulan atau didenda sebanyak dua ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa
Ketua
Pengarah
Kebajikan
Masyarakat untuk mewakilkan
Seksyen 27
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat hendaklah mempunyai kuasa untuk mewakilkan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis bagi maksud itu.
Kaedah
Seksyen 28
Kaedah berhubung dengan apa-apa perkara, borang atau fi yang akan ditetapkan di bawah Akta ini dan yang mengarahkan cara yang
28
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
permohonan kepada Mahkamah dan rayuan hendak dibuat dan berurusan secara amnya dengan semua perkara tatacara dan perkara sampingan yang berbangkit daripada
Akta ini dan bagi menguatkuasakan Akta ini hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa
Kaedah-Kaedah.
Erti “anak” dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka tidak berwasiat
Seksyen 29
Walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka tidak berwasiat yang sedang berkuat kuasa dalam mana-mana bahagian
Malaysia yang berlawanan dengan ungkapan “anak” hendaklah dalam mana-mana undang-undang bertulis itu termasuk anak angkat.
Seksyen 30
Pemansuhan
tahun 1939] dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa semua daftar dan buku yang disenggarakan dan disimpan di bawah Ordinan tersebut hendaklah dipindahkan kepada Pendaftar Besar dan suatu salinan yang diperakui apa-apa catatan dalam Daftar Anak Angkat yang diadakan dan disenggarakan di bawah Ordinan tersebut hendaklah, jika berupa sebagai diberikan di bawah tandatangan Pendaftar Besar, diterima sebagai keterangan seolah-olah ia suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini.
Seksyen 31
Akta tidak terpakai bagi orang Islam
Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang menganut agama Islam sama ada untuk membenarkan pengangkatan mana-mana anak oleh orang itu atau untuk membenarkan pengangkatan oleh mana-mana orang bagi seorang anak yang mengikut undang-undang agama Islam ialah seorang Islam.
___________________
Pengangkatan 29
Jadual
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 25(2)]
BENTUK CATATAN YANG KENA DIBUAT DALAM DAFTAR ANAK
ANGKAT
1
No.
catatan 2
Tarikh dan negeri kelahiran anak 3
Nama dan nama keluarga anak 4
Jantina anak 5
Nama dan nama keluarga, alamat dan pekerjaan pengangkat atau pengangkat-pengangkat 6
Tarikh perintah pengangkatan dan perihalan
Mahkamah yang membuatnya 7
Tarikh catatan
Tandatangan pegawai yang diwakilkan oleh
Pendaftar
Besar untuk mengaku saksi catatan
__________
30
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
Jadual
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 25A(2)]
JPN
KERAJAAN MALAYSIA
SIJIL KELAHIRAN
Kawasan Pendaftaran
Pusat Pendaftaran
ANAK
Nama
Tarikh dan Masa Lahir
Jantina
Tempat Lahir
Taraf Kewarganegaraan
BAPA
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Umur
Jenis dan No. Dokumen Lain
Taraf Kemastautinan
Agama
IBU
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Umur
Jenis dan No. Dokumen Lain
Taraf Kemastautinan
Agama
Tempat Pemastautinan
No. Daftar:
Tarikh Pendaftaran:
Daftar Lahir:
No. Sijil:
No. Rujukan:
No. Siri:
Diperakui bahawa maklumat di atas adalah benar
...............................................
__________
31
UNDANG-UNDANGMALAYSIA
Akta 257
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Ord. 35/1953
Ordinan Pengangkatan (Pindaan) 1953 25-06-1953
Ord. 18/1956
Ordinan Pengangkatan (Pindaan) 1956 05-07-1956
P.U. 75/1958
Pemberitahuan di bawah s.3 Ordinan 27-02-1958
Nama Jawatan 1949
Akta 91
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-03-1964
P.U. (A) 266/1972
Pemberitahuan di bawah s.3 Ordinan 01-09-1972
Nama Jawatan 1949
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975
1975
P.U. (A) 306/1982
Perintah Penyemakan Undang-Undang 24-12-1981
(Pembetulan Akta Pengangkatan 1952)
1982
Akta A671
Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)
22-05-1987
1987
Akta A996
Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 24-07-1997
Akta A1098
Akta Pengangkatan (Pindaan) 2001 02-05-2001
___________
32
Akta 257
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A996 24-07-1997
Akta A1098 02-05-2001
9
P.U. (A) 306/1982 24-12-1981
10
Akta A671 22-05-1987
12
Ord. 18/1956 05-07-1956
14
P.U. (A) 306/1982 24-12-1981
25
Akta A1098 02-05-2001
25A
Akta A1098 02-05-2001
26
Akta 160 29-08-1975
Jadual
JADUAL PERTAMA
Akta A1098 02-05-2001
Jadual
JADUAL KEDUA
Akta A1098 02-05-2001
Keseluruhan Akta
Akta 91 16-03-1964
P.U. (A) 266/1972 01-09-1972
___________________
Common questions
- What is AKTA PENGANGKATAN 1952?
- *AKTA PENGANGKATAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 257 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
- Is AKTA PENGANGKATAN 1952 still in force?
- Yes — AKTA PENGANGKATAN 1952 is currently in force.
- When did AKTA PENGANGKATAN 1952 take effect?
- AKTA PENGANGKATAN 1952 was first recorded in 1952.
- How many sections does AKTA PENGANGKATAN 1952 have?
- AKTA PENGANGKATAN 1952 contains 32 sections.
- Where can I read the official version of AKTA PENGANGKATAN 1952?
- The official text of AKTA PENGANGKATAN 1952 is published at lom.agc.gov.my.