Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Tiap-tiap perintah pengangkatan hendaklah mengandungi arahan kepada Pendaftar Besar—
(a)
untuk membuat dalam Daftar Anak Angkat suatu catatan yang merekodkan pengangkatan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah menyatakan butir-butir yang hendak dimasukkan di bawah tajuk dalam ruang 2 hingga 6 Jadual itu; dan
Pengangkatan 23
(b)
untuk mengeluarkan berkenaan dengan anak angkat itu suatu Sijil Kelahiran di bawah Akta ini.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(a)—
(a)
jika tarikh tepat mengenai kelahiran anak itu tidak dibuktikan hingga memuaskan hati
Mahkamah,
Mahkamah hendaklah memutuskan tarikh yang mungkin mengenai kelahirannya dan tarikh yang diputuskan sedemikian hendaklah dinyatakan dalam perintah itu sebagai tarikh lahirnya;
(b)
jika nama atau nama keluarga yang hendak diberikan pada anak itu selepas pengangkatan itu berlainan daripada nama atau nama keluarga asalnya, nama atau nama keluarga baru itu hendaklah dinyatakan dalam perintah itu dan bukannya nama yang asal; dan
(c)
jika negara tempat lahir anak itu tidak dibuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah, butir-butir mengenai negara itu boleh, walau apa pun subseksyen 25(2), ditinggalkan daripada dimasukkan dalam perintah itu dan daripada catatan dalam Daftar Anak Angkat.
(4)
Jika atas apa-apa permohonan bagi suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan seseorang anak (yang bukannya seorang anak yang dahulunya menjadi subjek suatu perintah pengangkatan) telah dibuktikan hingga Mahkamah berpuas hati tentang identiti anak itu dengan anak yang dimaksudkan oleh catatan dalam Daftar Kelahiran itu, apa-apa perintah pengangkatan yang dibuat menurut permohonan itu hendaklah mengandungi suatu arahan kepada Pendaftar Besar untuk menyebabkan catatan dalam Daftar
Kelahiran itu ditandakan dengan perkataan “diangkat”.
(5)
Jika suatu perintah pengangkatan dibuat berkenaan dengan seorang anak yang dahulunya menjadi subjek suatu perintah pengangkatan, perintah itu hendaklah mengandungi suatu arahan kepada Pendaftar Besar untuk menyebabkan catatan terdahulu dalam
Daftar Anak Angkat itu ditandakan dengan perkataan “diangkat semula”.
24
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
(6)
Jika sesuatu perintah pengangkatan dibatalkan, atau rayuan terhadap suatu perintah pengangkatan dibenarkan, Mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberikan arahan kepada
Pendaftar Besar supaya membatalkan apa-apa penandaan catatan dalam Daftar Kelahiran dan apa-apa catatan dalam Daftar Anak
Angkat yang telah dilaksanakan menurut perintah itu.
(7)
(Dipotong oleh Akta A1098).
(8)
Suatu salinan mengenai apa-apa catatan dalam Daftar
Kelahiran atau Daftar Anak Angkat yang penandaannya dibatalkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai salinan yang tepat jika, dan hanya jika, kedua-dua penandaan dan pembatalan itu tidak dimasukkan ke dalamnya.
(9)
Mahkamah yang membuat suatu perintah pengangkatan boleh, atas permohonan pengangkat atau orang yang diangkat itu, meminda perintah itu melalui pembetulan apa-apa kesilapan pada butir-butir yang terkandung dalamnya; dan jika suatu perintah pengangkatan dipinda sedemikian Pendaftar Mahkamah hendaklah menyebabkan pindaan itu dimaklumkan kepada Pendaftar Besar dan apa-apa pembetulan yang perlu mengenai, atau tambahan kepada,
Daftar Anak Angkat itu hendaklah dibuat dengan sewajarnya.
(10)
(Dipotong oleh Akta A1098).
(11)
(Dipotong oleh Akta A1098).
(12)
Pendaftar Besar hendaklah, sebagai tambahan kepada Daftar
Anak Angkat, menyimpan daftar, indeks dan buku lain dan membuat apa-apa catatan sebagaimana yang perlu untuk merekodkan dan membolehkan dikesan kaitan antara apa-apa catatan dalam Daftar
Kelahiran yang telah ditanda “Diangkat” menurut Akta ini dengan apa-apa catatan yang bersamaan dalam Daftar Anak Angkat, tetapi daftar, indeks dan buku itu tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau carian awam, mahupun, kecuali di bawah suatu perintah
Mahkamah, Pendaftar Besar tersebut tidak boleh memberikan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang terkandung dalamnya atau dengan apa-apa salinan atau cabutan daripada mana-mana daftar, indeks atau buku itu.
Pengangkatan 25
(13)
Pendaftar Mahkamah hendaklah menyebabkan tiap-tiap perintah pengangkatan dimaklumkan mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar Besar dan setelah menerima makluman itu
Pendaftar Besar hendaklah menyebabkan pematuhan dibuat kepada arahan yang terkandung dalam perintah itu kedua-duanya berhubung dengan penandaan apa-apa catatan dalam Daftar Kelahiran dengan perkataan “diangkat” atau “diangkat semula” dan berhubung dengan pembuatan catatan yang sesuai dalam Daftar Anak Angkat.
Sijil Kelahiran