Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya seseorang di bawah umur dua puluh satu tahun yang belum berkahwin dan termasuklah seseorang perempuan di bawah umur itu yang telah diceraikan;
“anak angkat” ertinya seseorang anak yang telah dibenarkan oleh
Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula;
“bapa” berhubung dengan seorang anak tidak sah taraf ertinya bapa sebenar;
“Daftar Anak Angkat” ertinya Daftar Anak Angkat yang diwujudkan di bawah subseksyen 25(1) dan termasuklah daftar yang berkaitan yang disimpan dan disenggarakan dalam komputer, pada mikrofilem atau dalam apa-apa bentuk peranti elektronik dan yang boleh diperoleh semula yang lain;
6
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
“Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat, Malaysia;
“Mahkamah” ertinya mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah pengangkatan di bawah Akta ini;
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“pemohon” ertinya seseorang yang bercadang hendak mengangkat, atau yang telah mengangkat seorang anak, sama ada menurut suatu perintah pengangkatan atau selainnya, dan, dalam hal permohonan oleh pasangan suami isteri, termasuklah salah seorang daripada mereka;
“Pendaftar Besar” ertinya orang yang dilantik menjadi Pendaftar
Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia, mengikut subseksyen 3(1)
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299];
“pengangkat” ertinya seseorang yang dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan untuk mengangkat seorang anak;
“penjaga” berhubung dengan seorang anak, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang selain ibu bapa sebenarnya, yang berhak menjaga anak itu;
“saudara” ertinya adik-beradik lelaki atau perempuan, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin, dan dalam hal anak tidak sah taraf, seseorang yang mempunyai pertalian sedemikian jika anak itu sah taraf dan bapanya;
“Sijil Kelahiran” ertinya suatu Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
“suami atau isteri” ertinya berhubung dengan seorang perempuan suaminya, berhubung dengan seorang lelaki berbangsa Cina isteri utamanya, dan berhubung dengan mana-mana lelaki lain isterinya.
Pengangkatan 7