Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENGANGKATAN 1952

Seksyen 5

(a)

dalam hal ibu atau bapa atau penjaga anak itu, bahawa dia telah meninggalkan, mengabaikan atau sentiasa menganiayai anak itu;

(b)

dalam hal seorang yang bertanggungan untuk memberi sumbangan terhadap saraan anak itu, bahawa dia sentiasa mengabaikan atau enggan memberi sumbangan sedemikian;

(c)

dalam mana-mana hal, bahawa orang yang persetujuannya dikehendaki tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuannya atau bahawa persetujuannya telah diberikan dengan tidak munasabah;

atau

(d)

dalam mana-mana hal, bahawa mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan anak yang sedang berkuat kuasa dalam mana-mana negara mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa telah memberi kebenaran atau memberikan suatu lesen yang membenarkan supaya jagaan dan milikan anak itu dipindahkan kepada pemohon.

(2)

Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan suami atau isteri seseorang pemohon bagi suatu perintah pengangkatan jika berpuas hati bahawa orang yang persetujuannya hendak diketepikan itu tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan persetujuan itu atau bahawa pasangan suami isteri itu telah berpisah dan tinggal berasingan dan bahawa perpisahan itu berkemungkinan kekal.

(3)

Persetujuan mana-mana orang terhadap pembuatan sesuatu perintah pengangkatan menurut suatu permohonan (yang bukannya persetujuan anak itu) boleh diberikan (sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat berkenaan dengan agama yang anak itu akan dibesarkan) tanpa mengetahui identiti pemohon bagi perintah itu; dan jika persetujuan yang diberikan oleh mana-mana orang kemudiannya ditarik balik semata-mata atas alasan bahawa identiti pemohon itu tidak diketahui persetujuan itu hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai telah diberikan dengan tidak sepatutnya.

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 257

(4)

Semasa sesuatu permohonan bagi pengangkatan belum selesai di mana-mana Mahkamah, mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu yang telah menyatakan persetujuannya kepada pembuatan suatu perintah pengangkatan menurut permohonan itu tidak boleh kecuali dengan kebenaran Mahkamah mengambil anak itu daripada jagaan dan milikan pemohon; dan dalam menimbang sama ada hendak memberi atau menolak kebenaran itu Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kebajikan anak itu.

Perkara yang berkenaan dengan Mahkamah hendaklah berpuas hati

Section 5 — AKTA PENGANGKATAN 1952 | mylaw.my