Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Kesan perintah pengangkatan
(2)
Jika, pada bila-bila masa selepas suatu perintah pengangkatan dibuat, pengangkat atau anak angkat itu atau mana-mana orang lain mati tidak berwasiat berkenaan dengan apa-apa harta alih atau tak alih, harta itu hendaklah turun dalam segala hal seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang lahir semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
(3)
Dalam apa-apa pemindahan harta alih atau tak alih yang dibuat, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat
(termasuk kodisil), selepas tarikh suatu perintah pengangkatan—
(a)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak pengangkat itu hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai, atau sebagai termasuk, suatu sebutan mengenai anak angkat itu;
(b)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai anak atau anak-anak ibu bapa sebenar anak angkat itu atau salah seorang daripada mereka hendaklah, melainkan jika
Pengangkatan 13
terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai tidak menjadi, atau tidak termasuk, sebutan mengenai anak angkat itu; dan
(c)
apa-apa sebutan (sama ada nyata atau tersirat) mengenai seseorang yang mempunyai pertalian dengan anak angkat itu mengikut apa-apa darjat hendaklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang sepatutnya mempunyai pertalian mengikut darjat itu jika dia anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
(4)
Jika seseorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seseorang anak angkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan, sama ada melalui surat cara inter vivos atau melalui wasiat (termasuk kodisil), atau di bawah mana-mana kematian tidak berwasiat, atau jika seseorang pengangkat mendapat apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih di bawah apa-apa pemindahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini oleh seorang anak angkat atau oleh suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, atau di bawah kematian tidak berwasiat seorang anak angkat atau suami atau isteri atau zuriat seorang anak angkat, apa-apa harta pusaka atau duti lain yang boleh dilevi berkenaan dengannya hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama seolah-olah anak angkat itu ialah anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah.
(5)
Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pemegang amanah atau wakil diri boleh memindahhakkan atau membahagikan apa-apa harta alih atau tak alih kepada atau di kalangan orang yang berhak kepadanya tanpa terlebih dahulu menentukan bahawa tiada perintah pengangkatan telah dibuat yang di bawahnya mana-mana orang adalah atau mungkin berhak mendapat apa-apa kepentingan mengenainya, dan tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang yang mereka tidak maklum tentang tuntutan mereka pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang itu untuk mengikuti harta itu, atau apa-apa harta yang merupainya, ke dalam
14
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
tangan mana-mana orang, selain seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya.
(6)
Jika sesuatu perintah pengangkatan dibuat berkenaan dengan seseorang yang pernah diangkat dahulunya, pengangkatan yang dahulu itu hendaklah tidak diambil kira bagi maksud seksyen ini berhubung dengan penurunan apa-apa harta atas kematian seseorang yang mati tidak berwasiat selepas tarikh perintah pengangkatan yang kemudiannya dan berhubung dengan apa-apa pemindahan harta yang dibuat selepas tarikh itu.
(7)
Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkahwinan yang sedang berkuat kuasa di
Malaysia atau mana-mana bahagiannya, seseorang pengangkat dan anak yang dia telah dibenarkan mengangkat di bawah suatu perintah pengangkatan dan semua anak dan anak angkat pengangkat itu hendaklah disifatkan sebagai berada dalam hubungan sedarah yang dilarang; dan subseksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun seseorang selain pengangkat itu telah dibenarkan oleh suatu perintah pengangkatan kemudiannya untuk mengangkat anak yang sama.
(8)
Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang berhubungan dengan pampasan kepada keluarga kerana kerugian yang disebabkan oleh kematian seseorang akibat daripada perbuatan salah, seseorang hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa atau anak orang yang mati itu walaupun dia hanya mempunyai pertalian dengannya akibat daripada pengangkatan; dan dengan itu dalam menentukan apa-apa perhubungan yang di bawah perundangan itu adalah termasuk dalam pengertian ungkapan “ibu atau bapa” dan
“anak” seseorang anak angkat hendaklah dikira sebagai anak pengangkat itu yang dilahirkan semasa perkahwinan yang sah dan bukannya anak mana-mana orang lain.
Bidang kuasa