Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Mana-mana orang yang dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain, selain dalam menjalankan kewajipannya, secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa cara jua pun mempengaruhi atau cuba mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya Pilihan
Raya atau mana-mana anggotanya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang mana-mana orang memberikan apa-apa maklumat atau bantuan apabila diminta dengan rasmi oleh Suruhanjaya.