/akn/my/act/act/1957/31

AKTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
14
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA 1957 is Malaysia Act, cited as Act 31 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi saraan, keistimewaan dan perlindungan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi hukuman kesalahan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia, *Wilayah Persekutuan Putrajaya—31 Ogos 1957, Ord. No. 76/1957; Sabah, **Wilayah Persekutuan Labuan —20 Mei 1965, L.N. 202/1965; Sarawak—25 April 1966, P.U. 273/1966] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Saraan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Gaji atau elaun tetap bagi setiap anggota Suruhanjaya

Pilihan Raya hendaklah—

(a)

bermula dari tarikh pelantikannya;

*CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A1095.

**CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A585.

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

Suggest a correction

(c)

kena dibayar setiap bulan pada hari akhir setiap bulan atau pada mana-mana hari lain yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Perbendaharaan.

Peruntukan menghalang dua gaji

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang kepadanya gaji kena dibayar di bawah Akta ini atau yang peruntukan mengenai gajinya sebagai penyandang mana-mana jawatan lain dibuat melalui mana-mana undang-undang bertulis yang lain adalah berhak menerima hanya satu sahaja gaji sedemikian, tetapi jika dia ialah penyandang dua jawatan atau lebih yang berkenaan dengannya gaji kena dibayar sedemikian dan ada perbezaan antara gaji yang kena dibayar berkenaan dengan jawatan-jawatan itu, jawatan yang berkenaan dengannya gaji kena dibayar kepadanya ialah jawatan yang berkenaan dengannya gaji yang paling tinggi kena dibayar.

Seksyen 4

Pertanggungan gaji

Open as pageSuggest a correction

Jumlah wang yang diperlukan bagi saraan yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan.

Seksyen 5

Komunikasi tertentu adalah terlindung

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun dalam mana-mana prosiding undang-undang boleh dibenarkan atau dipaksa mengemukakan atau menzahirkan apa-apa komunikasi bertulis atau lisan yang telah berlaku antara

Suruhanjaya Pilihan Raya atau mana-mana anggota Suruhanjaya itu dengan Kerajaan atau mana-mana Menteri atau pegawai awam atau apa-apa komunikasi antara anggota Suruhanjaya Pilihan

Raya pada menjalankan atau berkaitan dengan penjalanan fungsi

Suruhanjaya melainkan jika Yang di-Pertuan Agong secara bertulis mengizinkan pengemukaan atau penzahiran itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya 7

Seksyen 6

Perlindungan anggota

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mempunyai perlindungan dan keistimewaan, dalam hal apa-apa tindakan atau guaman yang dibawa terhadapnya kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya semasa bertindak dalam melaksanakan jawatannya, yang sama seperti yang diberikan oleh undang-undang kepada seseorang

Majistret semasa bertindak dalam melaksanakan jawatannya.

Seksyen 7

Anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya disifatkan sebagai pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Raya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 8

Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya Pilihan Raya mana-mana fungsinya, dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan tentang apa-apa butir material kepada Suruhanjaya itu atau kepada mana-mana anggotanya atau kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik oleh Suruhanjaya itu untuk membantu menjalankan fungsinya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 9

Penyiaran dan penzahiran maklumat tanpa kebenaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang memiliki apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar seksyen ini menyiarkan atau menyampaikan maklumat itu kepada mana-mana orang selain bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mempengaruhi atau cuba mempengaruhi Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain, selain dalam menjalankan kewajipannya, secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa cara jua pun mempengaruhi atau cuba mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya Pilihan

Raya atau mana-mana anggotanya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang mana-mana orang memberikan apa-apa maklumat atau bantuan apabila diminta dengan rasmi oleh Suruhanjaya.

Seksyen 11

Keizinan Pendakwa Raya terhadap pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.

Seksyen 12

Jadual boleh dipinda melalui peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Yang di-Pertuan Agong boleh meminda Jadual melalui peraturan-peraturan.

Suruhanjaya Pilihan Raya 9

Jadual

Suggest a correction

Jadual

[Seksyen 2]

1. Gaji:

Pengerusi

RM18,891.29 sebulan

Timbalan Pengerusi

RM16,868.35 sebulan

Elaun Tetap:

Anggota

RM14,587.54 sebulan

Elaun Memangku:

(a)

Sekiranya Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota melaksanakan fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama suatu tempoh yang melebihi dua puluh lapan hari, dia berhak mendapat elaun memangku yang sama nilainya dengan perbezaan antara gaji atau elaun tetapnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkunya.

(b)

Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota yang pernah diminta melaksanakan fungsi Pengerusi bagi kali kedua atau kemudiannya berhak mendapat elaun memangku, jika dia melaksanakan fungsi itu selama tempoh yang melebihi empat belas hari, termasuk hari kelepasan am.

2. Elaun Sara Hidup (dalam Negeri):

(a)

apabila bertugas di luar kawasan selama tempoh dua puluh empat jam dan lebih:

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

(b)

apabila bertugas di luar kawasan selama tempoh yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada dua puluh empat jam kadarnya ialah separuh daripada kadar dalam subperenggan (a).

3. Perbelanjaan Penginapan Hotel dan Lojing (dalam Negeri):

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

4. Elaun Perjalanan Menggunakan Kenderaan Sendiri:

(tidak termasuk perjalanan dari rumah ke pejabat dan sebaliknya)

Seseorang anggota Suruhanjaya yang menggunakan kenderaannya sendiri semasa menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya layak menuntut elaun perjalanan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.

Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

*CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

Suruhanjaya Pilihan Raya 11

5. Kemudahan Perubatan:

Rawatan pesakit luar percuma bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota, suami atau isteri dan anak-anak mereka tetapi jika dimasukkan ke hospital bayaran wad harian kena dibayar mengikut kadar yang dikenakan ke atas pegawai Bahagian I kecuali jika kemasukan ke hospital adalah akibat kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas. Jika

Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota itu ialah seorang pesara dia boleh memilih kemudahan perubatan yang disediakan untuk pesara.

“Anak” ertinya mana-mana anak tanggungan berumur di bawah 21 tahun bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota, atau mana-mana anak tanggungan yang mengikuti pengajian untuk mendapatkan ijazah pertama di sesuatu institusi pengajian tinggi dan termasuklah seseorang anak yang terencat akal atau cacat anggota yang mengenainya had umur tidak terpakai. Ia hendaklah juga termasuk seseorang anak tiri atau anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang atau adat yang diiktiraf.

6. Cuti:

(a)

Tiga puluh hari cuti rehat hendaklah diberikan bagi setiap tahun genap perkhidmatan dengan Suruhanjaya;

(b)

seseorang anggota boleh membawa ke hadapan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskannya dalam tahun berkenaan ke tahun berikutnya berhubung dengan tempoh jawatannya; dan

(c)

seseorang anggota boleh memohon cuti khas menunaikan fardu Haji dengan syarat bahawa dia belum lagi menggunakan keistimewaan ini semasa dalam perkhidmatan awam dan tertakluk kepada terma dan syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

7. Elaun Perumahan Bulanan:

Rumah kerajaan berperabot Kelas “B” atau “C” hendaklah diperuntukkan dengan percuma atau jika tidak tinggal di rumah kerajaan elaun perumahan pada kadar yang berikut hendaklah dibayar:

Pengerusi

RM2,500

Timbalan Pengerusi

RM1,600

Anggota

RM1,300

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

8. Ganjaran:

Suatu ganjaran mengikut kadar 17½%–12% caruman Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) x jumlah bulan genap perkhidmatan x gaji pokok akhir selepas ditolak caruman majikan kepada KWSP hendaklah dibayar—

(a)

apabila tamat tempoh pelantikan anggota itu tetapi jika seseorang anggota dilantik selama lebih daripada satu penggal dia boleh memilih sama ada dibayar pada akhir setiap penggal atau sehingga dia telah menyempurnakan kesemua penggal (dalam mana-mana satu hal dia berhak mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan hanya sekali); atau

(b)

kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditentukan oleh

Yang di-Pertuan Agong atau jika tidak ada tanggungan, kepada wakil dirinya, jika dia mati semasa memegang jawatan.

9. Pendahuluan untuk Membeli Kenderaan:

(kena dibayar dalam tempoh jawatan anggota itu yang dalamnya pendahuluan itu diberikan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan atau Surat Pekeliling Pendahuluan

Membeli Kenderaan bagi anggota perkhidmatan awam atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa).

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi

RM70,000

Anggota

RM65,000

10. Elaun Pemandu:

Pengerusi dan

Timbalan Pengerusi disediakan seorang pemandu atau jika pemandu yang diambil kerja bukan daripada perkhidmatan awam, gaji berasaskan Gred R3 dalam Sistem

Saraan Malaysia.

Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya 13

11. Perjalanan Udara:

(“dalam negeri” ertinya penerbangan di dalam dan ke dan dari Brunei,

Kalimantan, Malaysia, Singapura dan Thailand (dari Phuket ke selatan)).

Pengerusi, Timbalan

Kelas Satu (bukan dalam negeri dan

Pengerusi dan anggota dalam negeri).

12. Elaun Keraian Bulanan:

Pengerusi

RM5,000

Timbalan Pengerusi

RM3,050

Anggota

RM2,500

13. Kereta Rasmi:

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah diperuntukkan suatu kereta rasmi sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

14 Kelayakan Tambang Ketika Melaporkan Diri:

Seseorang anggota Suruhanjaya berhak—

(a)

menuntut tambang penerbangan berasaskan kelayakannya apabila terbang untuk melaporkan diri;

(b)

tambang penerbangan bagi suami/isteri dan anak di bawah umur 21 tahun; dan

(c)

elaun perpindahan ke negeri asal apabila tempoh jawatannya tamat.

15. Elaun Gantian:

Seseorang anggota Suruhanjaya berhak mendapat elaun gantian apabila menggunakan kenderaannya sendiri untuk menjalankan fungsi rasmi di luar ibu pejabat tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

16. Pendahuluan:

Apabila menjalankan fungsi rasmi di luar ibu pejabat, seseorang anggota

Suruhanjaya berhak mendapat pendahuluan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

17. Perbelanjaan Pelbagai:

Apabila membuat perjalanan untuk menjalankan fungsi rasmi, perbelanjaan pelbagai yang berikut yang dilakukan hendaklah dibayar balik:

(a)

bayaran telefon, telegram atau bayaran pos yang dilakukan berkenaan dengan fungsi rasmi itu;

(b)

belanja dobi (yang disokong dengan resit) yang dilakukan semasa menginap di hotel selama lebih daripada tiga hari; dan

(c)

bayaran tempat meletak kereta, tol dan feri (yang disokong dengan resit).

18. Elaun Menyelenggara Rumah:

Pengerusi

RM3,000 setahun

Timbalan Pengerusi dan Anggota

RM2,000 setahun

19. Elaun Pembantu Rumah:

Pengerusi

RM1,000 sebulan

Timbalan Pengerusi dan Anggota

RM500 sebulan

20. Bayaran Bekalan Air dan Elektrik:

Pengerusi berhak dibekali bekalan air dan elektrik secara percuma.

21. Bertugas Rasmi di Luar Malaysia:

(a)

Elaun Sara Hidup

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.

Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya 15

Timbalan

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

(b)

Bayaran Sewa Hotel dan Lojing

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.

Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Timbalan

Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

(c)

Belanja Pelbagai

Apabila menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia, seseorang anggota

Suruhanjaya berhak menuntut belanja pelbagai mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling Perbendaharaan Bil.

Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

*CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

(d)

Elaun Pakaian Panas

Apabila dikehendaki menjalankan tugas rasmi di negara beriklim sederhana, seseorang anggota Suruhanjaya layak menuntut Elaun Pakaian

Panas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

22. Skim Ex Gratia bagi Bencana Kerja:

Seseorang anggota Suruhanjaya yang terlibat dalam kemalangan atau tercedera semasa menjalankan tugas rasmi berhak menerima faedah mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.

Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.

23. Cuti Sakit:

Seseorang anggota Suruhanjaya berhak mendapat kemudahan cuti sakit mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dalam Bahagian III Perintah

Am Bab C Tahun 1974 serta Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2006

atau apa-apa pindaan mengenainya.

*CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

Suruhanjaya Pilihan Raya 17

Akta 31

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

L.N. 202/65

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Suruhanjaya Pilihan

Raya) (Perluasan ke Sabah) 1965 20-05-1965

L.N. 246/1965

Pembetulan kepada L.N. 202/1965 20-05-1965

P.U. 273/1966

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Suruhanjaya Pilihan

Raya) (Perluasan ke Sarawak)

1966 25-04-1966

Akta A150

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) 1972 01-01-1972

Akta A165

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) 1973 01-01-1972

Akta A214

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) (No. 2) 1973 31-08-1973

Akta A469

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) 1979 01-07-1977

P.U. (A) 97/1981

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual

Kedua) 1981 01-07-1980

Akta A510

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) 1981 01-07-1980

Akta A524

Akta Suruhanjaya Pilihan Raya

(Pindaan) 1981 15-05-1981

P.U. (A) 314/1981

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1981 15-05-1981

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 427/1989

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1989 01-10-1988

P.U. (A) 365/1991

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1991

Perenggan 2(a):

01-01-1991;

Perenggan 2(b) & (c):

01-03-1991

P.U. (A) 79/1992

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1992

Subperaturan 2(1):

01-01-1989;

Subperaturan 3(1):

01-01-1992

P.U. (A) 331/1996

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1996 01-01-1994

P.U. (A) 599/1996

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

(No. 2) 1996 01-01-1995

P.U. (A) 231/1998

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

1998 19-06-1998

P.U. (A) 222/2000

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2000 01-08-1999

P.U. (A) 408/2000

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

(No. 2) 2000 01-01-2000

P.U. (A) 243/2001

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2001 01-03-2001

P.U. (A) 163/2002

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2002 01-01-2002

P.U. (A) 32/2003

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2003 02-10-2002

Suruhanjaya Pilihan Raya 19

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 229/2004

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2001 – Pembetulan 01-03-2001

P.U. (A) 19/2005

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2005 01-11-2002

P.U. (A) 24/2005

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

(No. 2) 2005 01-10-2003

P.U. (A) 416/2007

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2007 01-07-2007

P.U. (A) 118/2010

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2010 10-03-2010

P.U. (A) 270/2012

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2012 01-08-2012

P.U. (A) 348/2012

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

(No. 2) 2012 01-08-2012

P.U. (A) 152/2014

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

2014 01-01-2013

P.U. (A) 196/2014

Peraturan-Peraturan Suruhanjaya

Pilihan Raya (Pindaan Jadual)

(No. 2) 2014 01-06-2014

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 31

Akta 31

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A150

Akta A469

Akta A524 01-01-1972 01-07-1977 15-05-1981 12

Akta A469

Akta A524 01-07-1977 15-05-1981

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Akta A150

Akta A165

Akta A214

Akta A469

Akta A510

P.U. (A) 97/1981

Akta A524

P.U. (A) 314/1981

P.U. (A) 427/1989

P.U. (A) 365/1991

P.U. (A) 79/1992

P.U. (A) 331/1996

P.U. (A) 599/1996

P.U. (A) 231/1998

P.U. (A) 222/2000

P.U. (A) 408/2000

P.U. (A) 243/2001

P.U. (A) 163/2002

P.U. (A) 32/2003

P.U. (A) 19/2005

P.U. (A) 24/2005

P.U. (A) 416/2007

P.U. (A) 118/2010 01-01-1972 01-01-1972 31-08-1973 01-07-1977 01-07-1980 01-07-1980 15-05-1981 15-05-1981 01-10-1988 01-01-1991;

01-03-1991 01-01-1989;

01-01-1992 01-01-1994 01-01-1995 19-06-1998 01-08-1999 01-01-2000 01-03-2001 01-01-2002 02-10-2002 01-11-2002 01-10-2003 01-07-2007 10-03-2010

Suruhanjaya Pilihan Raya 21

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 270/2012

P.U. (A) 348/2012

P.U. (A) 152/2014

P.U. (A) 196/2014 01-08-2012 01-08-2012 01-01-2013 01-06-2014

Common questions

What is ELECTION COMMISSION ACT 1957?
AKTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA 1957 is Malaysia Act, cited as Act 31 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is ELECTION COMMISSION ACT 1957 still in force?
Yes — ELECTION COMMISSION ACT 1957 is currently in force.
When did ELECTION COMMISSION ACT 1957 take effect?
ELECTION COMMISSION ACT 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does ELECTION COMMISSION ACT 1957 have?
ELECTION COMMISSION ACT 1957 contains 12 sections.
Where can I read the official version of ELECTION COMMISSION ACT 1957?
The official text of ELECTION COMMISSION ACT 1957 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA 1957 (No. 31) | mylaw.my